Tuesday, February 2, 2010

Banyak Sangat

بسم الله الرحم الرحيم

Minggu ini adalah minggu ke-enam kuliah (kalau tak silap). Kerja dari hari ke hari semakin bertambah. Kes minggu lepas tak baca pun lagi, minggu ni dah dapat kes baru. Adik selalu cakap kat umi, prepaid handset umi tu dah berkulat sebab prepaidnya sentiasa atas RM 130, tak luak pun. Bila dah tamat tempoh, umi topup RM 30 jadi RM 170, jadi prepaid yang tak sempat habis tu lah yang berkulatnya. Jika diletakkan dalam situasi aku, kalaulah kerja-kerja yang lecturer bagi ni diumpakan seperti makanan, berkulat dah kerja-kerja aku ni.. Tak sempat habis dah dapat yang baru.. Ya Allah,permudahkanlah segalanya..

No comments:

Followers