Dimana Hebatnya Wanita?

بسم الله الرحمن الرحيم

“ Kau nak beranak lagi ke lepas ni Aimi?”, soal Nadia pada teman baiknya, Aimi,yang masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak ke empat. Aimi hanya tergelak kecil, tanpa jawapan yang spesifik. Soalan itu dibiarkan sepi.

Begitulah dialog dua orang perempuan atau lebih lembut lagi, wanita, jarang sekali mengeluh biarpun sudah berapa ramai anak yang dilahirkan, biar sakit tetap sudi bertarung nyawa untuk meramaikan ummat Muhammad di atas muka bumi ini. (tiba-tiba jadi matang). Biasanya mereka berkata ‘taknak’ adalah sebelum melahirkan kerana takutnya menghadapi saat-saat kelahiran tetapi berbeza pula selepas kelahiran, mereka hanya tersenyum seperti dalam dialog di atas kerana terasa akan nikmatnya memiliki cahaya mata.

Ketika saya bermain dengan anak saudara yang baru berusia beberapa hari (dah pandai berlari setempat), telinga saya sempat saja mencuri perbualan nenek dan ibu saya yang rancak berbual mengimbau kenangan lalu tentang kelahiran anak-anak mereka yang sudah pun melahirkan anak-anak mereka pula. Nenek saya memang hebat, berkahwin seawal 14 tahun ( terkejut? memang menakjubkan!) dan melahirkan anak seramai 13 orang tetapi 5 orang telah di’simpan’ buat rahmat di akhirat kelak. Tetapi anak-anak nenek saya masih belum ada yang memecah rekod ibunya ini.

Saya terkesan dengan kata-kata ibu saya yang memetik dari kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat:

“ Nyawa-nyawa yang hidup di atas muka bumi ini semuanya dilahirkan daripada perempuan. Ada ke lelaki yang lahirkan?”

Hebatnya perempuan! Tiba-tiba rasa diri ini sangat kuat untuk menempuh masa akan datang. Takkan tergugah lagi dengan cerita-cerita Maisarah dan Huda yang mengerikan. Betapa Allah menyediakan darjat yang istimewa buat perempuan sekiranya mereka sanggup melalui kesusahan yang juga disediakanNya. Sesuatu yang berharga takkan dikurniakan begitu mudah.

Buat perempuan di luar sana, pilihlah jalan ini. Jangan dihalang dengan pil-pil yang tidak diketahui dari mana asal usulnya kerana anak adalah rezeki dan amanah yang Allah lebih tahu mengapa Dia memberikannya kepada kita. Ramai pasangan yang berkahwin bertahun-tahun lamanya tetapi disebabkan Allah masih tidak mengizinkannya,mereka masih tiada zuriat maka mereka sedaya upaya berusaha untuk mendapatkan zuriat, ada juga pasangan yang empat tahun sekali baru dapat anak sedangkan sebenarnya mereka inginkan anak setahun sekali, apalah yang boleh dilakukan kerana inilah yang dikatakan rezeki Tuhan.

Oleh itu, jangan sesekali mengucapkan untuk tidak mahukan anak lagi kerana kalian akan menjadi orang yang hebat jika meramaikan manusia yang bernafas di muka bumi ini. Kalau tak nak jadi hebat tak mengapa, cukuplah setakat itu.

Inilah pengajaran yang saya terima hari ini daripada perbualan insan-insan yang makan garam terlebih dahulu. Selalulah duduk mencuri perbualan orang-orang tua kerana banyak manfaatnya. Semoga Allah menetapkan jiwa ini, juga melembutkan hati ini dari hari ke hari. Sesungguhnya hanya Dia yang memahami hati-hati hambanya..

Comments

sarah said…
bukan cite ngeri la, tu motivasi..hehe..at least dpt mencabar diri..nak timba lbh byk ilmu ni, bykkan baca pa&ma..hehe.kirim salam kt ameer..
adele said…
motivasi apa smpi terjerit-jerit excited..haha
pa&ma seswai utk sarah je la..
matured... hik2
ameer kirim salam balik..
Fazareez Fauzi said…
Salam..
Kupasan yg jauh terkehadapan..
Moga diberi rezeki yg melimpah ruah..
Tp harus diingat, jgn pandai buat anak ja, nk jaga x gheti..
adele said…
baik ustaz..
moga semua di antara kita dilimpahkan rezeki yg x terhingga..huhu

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung