Petikan Mengenai Hukuman Sebat Kartika. Antara Hak dan Batil.

Nama Kartika Sari Dewi Shukarnor tiba-tiba sahaja meletup, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Dunia Barat khususnya memang tidak mahu lengah sedikit pun untuk membicarakan kes Kartika ini. Apakah istimewanya isu ini? Kartika, 32, seorang model yang berasal dari Sungai Siput, Perak telah dituduh meminum arak berjenama ‘Tiger Beer’ di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend, Cherating Pahang 11 Julai tahun lalu. Dia mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman denda oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan sebanyak RM5,000 dan sebatan 6 kali. Kartika telah pun membayar denda dan bersedia untuk menghadapi sebatan. Namun, setelah dia dibawa di dalam perjalanan untuk menuju penjara Kajang di mana dia sepatutnya disebat, tiba-tiba hukuman terhadapnya diisytihar tangguh. Persoalan hukuman (sebatan) dan penangguhan inilah yang telah mencetuskan kekecohan di Malaysia khasnya dan di seluruh dunia amnya. Antara ‘wayang kulit’ awal yang berlaku dalam kes ini adalah alasan penangguhan yang dikatakan bagi menghormati bulan Ramadhan.

Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Abdul Rahim Jaafar melahirkan rasa terkejutnya atas perkara ini [UM 25/08/09] kerana tegasnya Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus yang memutuskan tarikh tersebut sememangnya tahu bahawa ia (tarikh pelaksanaan hukuman) adalah di bulan puasa, tetapi kenapa tiba-tiba ditangguhkan kerana menghormati bulan Ramadhan? Abdul Rahim juga yakin bahawa terdapat pihak-pihak yang menekan Jabatan Penjara sehingga hukuman tersebut ditangguhkan dan beliau begitu kecewa kerana penghakiman syariah terpaksa tunduk kepada undang-undang sivil kerana penjara adalah milik mahkamah sivil [UM 26/08/09]. Fakta akhirnya terdedah di mana disahkan bahawa Pejabat Peguam Negara telah mengeluarkan surat arahan kepada Pengarah Penjara Kajang supaya menangguhkan hukuman sebat ke atas model berkenaan. Penangguhan hukuman sebat ke atas Kartika dibuat selepas Abdul Rahman memberi jaminan kepada Peguam Negara untuk menyemak semula keputusan mahkamah terhadap model itu [UM 26/08/09].

Belum pun sempat isu ini habis dibincangkan, Hishamuddin, selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri telah menamatkan episod awal ini dengan mengeluarkan ‘alasan rasmi’ (yang berlainan dengan alasan di atas) bahawa hukuman sebat ditangguhkan kerana pihak penjara tidak mempunyai kepakaran dan pengalaman melaksanakan sebatan ke atas pesalah syariah. Persoalannya, kenapa berlaku dolak-dalik dalam isu ‘sebab’ penangguhan ini? Mereka kononnya menghormati bulan Ramadhan, namun mereka langsung tidak tunduk hormat kepada undang-undang Allah? Undang-undang Allah menyatakan peminum khamar wajib disebat sama ada 40 atau 80 kali sebatan, namun peraturan Allah ini langsung tidak mereka hormati, malah diubah oleh mereka kepada 6 sebatan? Ini dari satu sudut. Dari sudut yang lain, kerajaan terpaksa mengaku yang hukuman ditangguhkan kerana penjara tidak ada kepakaran. Ah! Sebuah negara yang dijaja selama ini sebagai ‘Negara Islam contoh’ justeru tidak ada kepakaran untuk menjalankan hukuman sebat secara syariah? Aneh sungguh hakikat ini! Setelah lebih 52 tahun memerintah negara, baru kini kerajaan sedar bahawa mereka tidak ada kepakaran untuk sebat secara syariah? Ini jelas bermakna bahawa sebatan yang dilaksanakan selama ini adalah ‘sebatan kufur’ (tidak mengikut Islam).

Hukuman sebat yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan juga telah mendapat respon awal dari menteri feminis Shahrizat Jalil. Beliau yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut meminta agar hukuman sebat dikaji semula. Pandangannya selaras dengan pandangan Majlis Peguam yang menyatakan bahawa hukuman sebat perlulah dihapuskan di Malaysia kerana tidak sesuai dengan sikap masyarakat Malaysia yang penuh dengan perasaan belas kasihan. Malah, hak asasi manusia antarabangsa juga mengutuk hukuman sebat dan apa jua hukuman dera kerana dianggap sebagai zalim, tidak berperikemanusiaan dan kerajaan digesa untuk menghapuskan hukuman sebat ini [UM 25/08/09]. Hakikatnya, hukuman sebat telah wujud lama dalam enakmen jenayah syariah di negara ini tetapi jarang sekali ia dipersoal. Namun, apabila ia dikaitkan dengan ‘hukuman Islam’, meskipun langsung tidak menepati hudud Allah, maka ia ditentang habis-habisan. Inilah golongan yang selalu mempertikaikan segala hukuman yang terkait dengan Islam kerana mereka merasakan akal mereka lebih hebat dari ketentuan Allah. Mereka cuba menundukkan Islam dengan akal mereka, bukannya akal mereka ditundukkan kepada Islam!

Anda fikirlah sendiri..penulis malaslah nak masukkan petikan selanjutnya..kan tak pasal-pasal kena tahan di bawah akta drakonian ISA pulak..sekian..Al-haq min Robbikum.

Comments

adele said…
PM Najib mnyuruh Kartika merayu kepada mahkamah atasan agar dikurangkan denda yang dikenakan..huhu

pelik2..
sepatutnya pihak berwajib harus lebih berhati-hati dalam menguruskan kes sebgini. Khalayak umum perlu diperbetul pemahaman berkaitan mekanisme hukuman.

Juga, dari sudut pengistilahan yang menimbulkan salah faham. Islam tidak membenarkan hukuman sebatan. Yang ada hanyalah hukuman rotan. Hampir sama tapi berbeza.

Fitnah akhir zaman, beginilah...
AK said…
Komen haji hadi...

"isu merotan orang islam yang minum arak tanpa menghapuskan tempat jual arak ibarat menampar nyamuk aedes tanpa memusnahkan tempat pembiakannya..."
to adilah:ntah,mgada btul najib..mcm dia plak yg kna rotan =D

to hazimin:kekangan pihak luar pun mnjadi faktor utama,khususnya barat yg tmpil dgn mngetengahkn isu2 provokatif spt hak asasi n kezaliman undang2.pdhal dlm civil sndri pun ada hukuman seumpamanya-xpnh dipertikaikn pun-terang lg bersuluh mreka sama skali xsuka undang2 islam dtegakkn wlupun rotan 6 kali bg pminum khamar bknlah drpd syariah yg sbenar.

to AK:perlu dilihat juga kpd kapasiti dan waqi' semasa.
Aizan Fahri said…
@admin nahwann: blog nie x pakai RSS feed ker coz susah r AK nak still keep in touch... nak pakai atom RSS x sodap gak... Try r pkai feedburner...
adele said…
to AK: dah ber feed burner dah blog ni..boleh lah subscribe.. =D
Aizan Fahri said…
admin nahwann: ooo.. thank you very much

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung