Aiskrim oh Aiskrim!

بسم الله الرحمن الرحيم

Pengalaman tinggal di UK dahulu mengingatkan saya pada Kerajaan mereka yang menjaga kebajikan rakyat sehinggalah ke bab kepenggunaan. Kalau di Malaysia? Tak perlulah saya memburuk-burukkan mana-mana pihak. Jika di UK mereka menghormati hak-hak rakyatnya termasuklah Muslim. Tiada diskriminasi. Tiada perbezaan antara rakyat demi menjaga keamanan sehinggalah jenis-jenis aiskrim mereka tidak menyorokkan kandungan sebenar di dalam aiskrim. Ini semuanya untuk menjaga rakyatnya yang Muslim agar mereka dapat memelihara pengambilan makanan yang bebas daripada apa yang dilarang oleh agama mereka, juga mereka tidak mahu timbulnya isu yang bakal membangkitkan kemarahan rakyatnya kelak. Jadi, mari kita lihat senarai aiskrim yang sesuai untuk kita ataupun tidak?

Senarai Aiskrim

Buat sahabat yang sedang membaca, tak rasa begitu banyakkah gelatin dari sumber yang haram atau bahan yang asing masuk ke dalam badan kita selama ini? Macam saya, memang suka makan aiskrim, sebab aiskrim rasanya terlalu lazat lebih-lebih lagi yang rasanya lemak berkrim. Tak kisahlah aisrim jenis apa pun, walls ke, kings ke, magnolia ke, nestle ke semuanya sedap dan kalau macam Nestle walaupun tetap tak pernah dikecohkan tidak halal tetapi tetap menjadi penyumbang terbesar Israel untuk menyerang palestin. Halal ke perbelanjaan kita untuk membeli barang-barang Nestle? Berbicara pasal Nestle ini, saya ingin berkongsi satu kisah yang diceritakan oleh seorang pensyarah undang-undang saya yang juga merupakan seorang peguam, Nestle hanya dibekalkan kepada negara-negara Asia sahaja kerana negara barat sudah sudah lama mengetahui bahawa di dalam Nestle tiada langsung khasiat yang dibekalkan seperti yang tertera di kotak-kotak produk mereka. Bahkan sebuah negara Barat pernah menyaman Syarikat Nestle kerana produknya yang tidak berkhasiat. Sejak daripada itu, Nestle hanya membekalkan produknya kepada negara-negara Asia sahaja yang majoritinya adalah Muslim. Tak terasa bodohkah kita jika membeli produk Nestle yang merupakan antara penyumbang terbesar peperangan di Palestin bahkan khasiat juga tiada? Tak terasa bodohkah apabila kita memberi anak kecil kita meminum susu yang jelas tiada khasiatnya sedangkan di dalam Al-Quran sudah menyatakan susuilah anakmu sehingga usia 2 tahun sahaja? Ibu bapa sering menganggap anak-anak mereka perlu meminum susu untuk bekalan zat tubuh mereka sedangkan Allah itu adalah Maha Mengetahui. Begitulah jika dibicarakan mengenai makanan pasti tiada titik penghujungnya malah berkait-kait pula..huhu

Kita berbalik semula cerita aiskrim. Walaupun hanya aiskrim yang kecil namun tetap boleh member impak yang besar dalam dunia Islam kita kerana aiskrim juga adalah makanan yang menjadi darah daging kita. Baru-baru ini ayah saya membelikan Aiskrim Toyyibah perisa Kopi Radix keluaran HPA, ternyata tidak mengecewakan malah saya rasa setanding aiskrim yang tidak halal di luar sana. Saya juga kagum kerana orang Islam mampu membuat aiskrim tanpa gelatin yang sudah terlalu biasa digunakan oleh orang bukan Muslim dalam memberikan bentuk dan struktur yang cantik dan halus. Tetapi, orang Islam tak perlu gelatin pun boleh sedap juga!

Oleh itu wahai sahabatku, saya ingin menyeru, marilah kita perbetulkan kembali sumber makanan yang diambil dalam sehari-hari kerana walaupun makanan tetap memberi kesan terhadap diri kita. Bagi saya jika ingin berjuang sejauh mana demi Islam tetapi kita tidak menjaga makanan tetap tidak akan membuahkan hasil yang lumayan kerana makananlah yang membentuk hati kita samada baik atau sebaliknya.

p/s: cubalah aiskrim toyyibah HPA! Memang sedap. Nama pun toyyibah (baik/bagus). Sy pun pernah menjadi org yg bodoh dulu ketika membeli produk Nestle. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.

Comments

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung