Buka Mata, Buka Minda, Buka Jiwa

بسم الله الرحمن الرحيم

يقلب الله اليل والنهار إن في ذلك لعبرة لألى الأبصار

"Dan ALLAH menukarkan malam dan siang silih berganti; sesungguhnya yang demikian mengandungi pengajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang celik mata hatinya berfikir"

AnNur:44

Kes berkenaan babi bukanlah kes baru. Mungkin saya terlambat untuk menyedarinya tetapi apa yang sudah lepas diharapkan tidak berulang lagi.

Memang betul cakap Cina daging ayam dan lembu tak cukup lemak untuk membentuk apa-apa shape. Jika sebarang proses tidak menggunakan lemak babi, ia senang pecah. Berdasarkan pengalaman seorang senior dalam industri memproses makanan, boleh dikatakan semua product dari oversea yang bertanda halal sebenarnya tidak halal.

Bagi mereka haram itu pork iaitu daging babi manakala pork product yangg lain seperti lard (minyak babi),pork fat(lemak babi), ham (ini asal nama hamburger) dan bacon (hirisan nipis daging babi yangg biasa dihidangkan ketika sarapan), pork instestine(perut babi) dan lain-lain tidak mengapa bagi Muslim.

Seorang senior lain pernah bekerja di Shangri-la Hotel KL, di situ terdapat satu BUTCHER DEPARTMENT:

1) Semua jenis sausage menggunakan pork casing. Pork casing adalah saluran usus yg digunakan sebagai kulit sausage. Semua ingredients untuk sausage diblend bersama pork fat untuk membuat sausage itu firm dan tak mudah break. Jadi kalau sausage itu Chicken or beef still contain pork.

2) Pork fat juga digunakan dalam proses membuat turkey roll,chicken roll,meatloft, pastrami dan salami. Benda ni semua boleh didapati di supermarket dan digunakan secara meluas sebagai toping PIZZA.

Menyentuh sedikit aktiviti kaum Cina , saya ada satu kisah yang menarik untuk diceritakan .Salah seorang kenalan telah menceritakan kepada saya ini, bapanya adalah seorang pekerja TNB bahagian pembaik pulih bekalan elektrik. Pada satu hari bapanya bertugas membetulkan bekalan elektirk di kawasan Jenjarum Banting. Semasa pekerja-pekerja lain sedang melakukan kerja-kerja pembaikan pulih bekalan beliau telah merayau-rayau di kawasan sekitar.

Setiap pekerja pembaiki pulih bekalan TNB mempunyai kebenaran memasuki kawasan yang melibatkan penggunaan elektrik, jadi secara tidak sengaja beliau telah memasuki sebuah kilang memproses makanan, dilihatnya daging-daging ayam berlonggok-longgok. Kemudian daging-daging babi berlonggok-longgok bersebelahan. Rupa-rupanya kilang tersebut membuat burger dan daging-daging ayam dan babi tersebut dicampur dan digaul bersama kemudian dijadikan burger.

Beliau telah bertanya kepada tokeh tersebut mengapa dicampurkan daging babi dengan daging ayam? Tokey tersebut berkata kalau tak campur, burger yang hendak dibuat susah untuk melekat dan dibentuk. Dengan mencampurkan daging ayam dan babi burger mudah dibentuk. Katanya lagi, burger ini tidak dijual terus kepada orang Melayu . Tapi jika mana-mana supplier yang tak cukup stok akan ambil burger daripada kilang tersebut.

"Lu ingat itu supplier cukup ka untuk supply satu Malaysia ( tak tahu supplier mana yang ambil dari dia).

Tokey tersebut siap kata "SIAPA KATA MELAYU TAK MAKA N BABI?", menyirap darah bapanya.

Balik tu bapanya membuat aduan di JAIS. Bila JAIS melakukan serbuan tidak ada apa-apa yang dijumpai melainkan kilang yang sudah ditutup. Mungkin dah pindah bila menyedari ada orang melayu dah tahu aktiviti beliau . Patutlah bila kes JE timbul rupanya berjuta-juta babi ada kat Malaysia purata satu hari babi dikeluarkan dari ladang ternakan beratus ribu,yang peliknya takkan beratus ribu babi ini dibaham oleh orang Cina saja? Bagaimana pula dengan selesema Babi atau lebih sopan dalam bahasa saintifiknya swine influenza virus yang menyerang baru-baru ini? Dengar kata sudah menular di negeri selat sana. Nampaknya virus babi di negara luar sana pun sudah menyinggah masuk ke negara kita, bukan setakat JE saja.

Sambung certia burgerMungkin sebahagian darinya dibuat bahan makanan yang lain, lepas tu bagi orang Melayu makan. Yang peliknya lagi kebanyakan yang jual burger tu orang Melayu .. Jika ada jenama yang halal sekalipun, andai kita lihat hakikat daging burger itu dibuat, pasti tak lalu menjamahnya. Daging burger adalah lebihan buangan lembu seperti perut, lemak-lemak yang tidak diingini, tulang-tulang yang agak lembut seperti ligamen dan berbagai-bagai lagi. Pernah tak makan burger kadang-kadang terkunyah benda yang keras? Itulah ligamen yang diadun dan dihancurkan bersama lebihan lain yang tidak diingini sehingga terbentuklah satu daging burger yang cantik shapenya. Layakkah perut kita yang sepatutnya diberi makanan yang berkhasiat tetapi disua pula makanan yang sebegini rupa?Fikirkanlah..

p/s: Burger kat kafe tu mmg sedap tp telur ayamnya tak dibasuh..harap2 dapat kuatkan semangat untuk bertahan!

Comments

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung