PBC Kuala Pilah

بسم الله الرحمن الرحيم

Mengapa anda perlu menghadiri PBC? Kerana PBC adalah titik perubahan pertama yang perlu dilalui oleh seluruh rakyat Malaysia jika kita menginginkan perubahan di dalam hidup kita. Hari ini, rata-rata manusia menginginkan perubahan samada dari segi taraf hidup, sikap, masa, politik juga di dalam berdakwah. Tetapi masih ramai yang tidak berjaya demi merealisasikan perubahan mereka kerana satu faktor yang penting perlu diubah terlebih dahulu sebelum perubahan-perubahan lain yang diharapkan menjadi kenyataan. Faktor itu adalah makanan. Mengapa makanan? Kerana makananlah yang membentuk hati kita samada baik ataupun buruk. Apabila hati terbentuk dengan baik maka tiada halangan lagi untuk melakukan perubahan-perubahan seterusnya. Oleh itu, anda diluar sana berkejar-kejarlah menyertai HPA terutamanya di kawasan lembah Klang kerana peluang untuk melakukan revolusi diri adalah terlalu tinggi dan HPA memberi jaminan buat setiap ahlinya agar tidak rugi di dunia malah mendapat keberuntungan di akhirat.


Buat kesekian kalinya hati saya tersentuh tatkala lagu teman sejati sebagai lagu tema nyanyian kumpulan Brothers didendangkan di program PBC yang saya hadiri buat kali kedua. Ketika program PBC yang pertama dahulu, sempat air mata ini menitis terusik dengan kesyahduan lagu ini yang membawa seribu makna di dalam lirikya sambil hati kecilku berbisik ‘alangkah bagusnya jika sahabat-sahabatku juga berada di sini, merasakan apa yang hatiku ini rasa , berjuang bersama-sama di dalam saf yang ada lantas berdoa, Ya Allah percepatkanlah masa ini berlalu agar teman-temanku cepat dapat PTPTNnya, bolehlah mereka meneyertai program PBC ini’. Begitu sekali harapanku. Bagi anda yang menghadiri program ini, saya pasti hati kecil anda juga berbisik sedemikian.

Barisan urusetia yang sedang menyanyikan lagu negaraku


PBC kali ini aku hanya mewakilkan seorang peserta yang tidak dapat menghadirikan diri. Tiada sebarang kerugian kerana saya tidak perlu membayar apa-apa kos malah mendapat ilmu percuma berkaitan perjuangan HPA.

Seperti biasa, slot bermula dengan ucapan perasmian PJM Puan Siti Habibah dan diikuti slot pengenalan syarikat. Syarikat HPA yang diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bukan sahaja mengagumkan saya kerana berjaya mengeluarkan produk halalan tayyiban tetapi juga disebabkan keindahan perjalanan pengeluaran setiap produk adalah dari tangan-tangan pekerja yang sentiasa berwudhuk bahkan setiap hari mendirikan solat sunat dhuha dan mengamalkan al ma’thurat. Secara logiknya,produk HPA dalam memenuhi syarat piawaian Allah S.W.T dalam menentukan makanan yang halal lagi baik seperti dalam firmanNya:

وكلوا مما رزقكم الله حلالا طيبا
Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah Telah rezekikan kepadamu
( Al-Maidah:88)

pasti dapat dipenuhi apatah lagi piawaian manusia seperti JAKIM, IMP, SIRIM dan sebagainya. Jadi adakah kita masih meragui HPA dan apakah sebabnya kita perlu menolak HPA demi menggunakan produk2 luar yang jelas syubhahnya.


HPA yang terkenal dengan pelbagai herbanya berjaya merawat berbagai penyakit hasil daripada khasiat herba yang bersifat alamiah atau semulajadi yang diambil daripada tumbuhan semulajadi di sekeliling kita. Sesungguhnya manusia itu saat dilahirkan adalah fitrah maka perubatan apakah yang paling sesuai untuk manusia melainkan kita hanya perlu kembali kepada fitrah. Tentu sekali tumbuhan herba yang di ambil dari sekeliling kita, Allah menjadikannya sesuai dengan fitrah manusia. Tiada dadah atau tiada racun yang ditambahkan dalam ubat dan makanan seperti yang dilakukan oleh manusia pada hari ini.

Pengenalan syarikat diteruskan dengan pelan pemasaran syarikat yang memegang konsep MLM (pemasaran bertingkat). HPA merupakan MLM pertama di Malaysia malah di dunia menggunakan konsep syariah maka disebabkan itulah HPA bukan lagi dikenali sebagai MLM tetapi MLMS. Terasa begitu bangga sekali kerana orang Islam di Malaysia berjaya membentuk organisasi besar mengikut syariat Islam yang gah sehingga mampu mendatangkan getar di hati kuffar. Ini jelas menunjukkan umat Islam di seluruh dunia mampu berjaya jika menurut Al- Quran dan As- Sunnah. Tetapi umat Islam hari ini ternyata gagal berpegang kepada kedua-duanya seperti dalam sabda Baginda:

Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah dan sunnah RasulNya.
Hadith Hasan, Riwayat Malik.

PBC di Kuala Pilah berakhir dengan lancar. Saya pulang ke Nilai dengan hati yang begitu puas. Jika diberi peluang untuk ke PBC setiap minggu, saya takkan mengelak kerana PBC bukan setakat mengajar untuk mendapatkan pendapatan di dunia bahkan saham berganda di akhirat.

Comments

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung