Titik Kesedaran..

Kursus PBC anjuran HPA di Hotel Allson Kelana selama 2 hari 1 malam banyak sungguh menyedarkan aku bahawa makanan di Malaysia 99% pengusahanya adalah bangsa Cina. Biarpun sesuatu makanan ditegaskan Melayu adalah pembuatnya tetapi sedarkah kita sumbernya tetap dari Cina? Maka jika Cina adalah sumberya, adakah bangsa ini akan tunggu lagi daripada tidak menggunakan arak dan babi? Anda fikirkanlah sendiri sedalam-dalamnya.

Hari pertama kursus itu, aku dihidangkan dengan slot Halal dan Haram berkisarkan makanan harian kita. Aku bagaikan ingin termuntah memandangkan Horlick yang dihidangkan tiga hari sebelum itu oleh seorang teman mengandungi sejenis unsur dari babi yang dinamakan wei.Patutlah aku asyik meminta-minta daripada temanku itu agar membancuhkannya untukku berkali-kali. Begitu juga dengan kek Apollo yang lembut strukturnya lagi enak dimakan juga dimasukkan unsur daripada haiwan ini. MasyaAllah.. Bertambah kejutan buat diri ini apabila dimaklumkan bahawa keju di Malaysia ini tiada satu pun lagi disahkan halal. Allahuakbar.. Betapa diri ini dilumuri unsur-unsur daripada haiwan nan seekor itu.

Di bawah ini saya sertakan kronologi mengenai isu keraguan halal dalam sesetengah makanan di Malaysia.

1977- Sosej daging dari Australia didapati mengandungi daging babi

1981- Alkohol dikesan dalam minuman tonik untuk bayi

1982- Ujian CAP mengesahkan Gelatin diperbuat daripada sumber babi

- Sebuah jawatankuasa dibentuk oleh Jabatan Perdana Menteri untuk mengesahkan bahawa Gelatin adalah haram kepada umat Islam.

1984- Susu formula bayi didapati mengandungi lemak binatang

1985- Ujian ke atas pelbagai makanan diproses mendapati ia mengandungi gelatin

- Jeli didapati mengandungi gelatin

1986- Lelemak daripada sumber binatang dikesan dalam kek dan biskut

- Monogliserida (penambah makanan daripada sumber binatang) dikesan dalam makanan

- Gliserin (bahan daripada sumber binatang) dikesan dalam kosmetik

- Sabun diperbuat daripada lemak binatang

- Berus diperbuat daripada bulu babi

- Keju diperbuat daripada renet/pepsin yang sumbernya daripada binatang

- Gelatin dan gliserin digunakan dalam ubatan dan produk perubatan

- Lemak babi digunakan dalam penghasilan minyak wangi

1994- Buku berjudul For God, Conutry an Coca-Cola oleh Mark Pandergast menyebutkan mengenai rumusan rahsia Coca-Cola yang menggunakan alkohol
1995- Wei terkandung dalam susu rumusan bayi dan makanan yang diproses

1996- Makanan yang diproses dan agar-agar diuji dan didapati mengandungi gelatin

2000- Kolagen (bahan bergelatin daripada sumber binatang atau janin) digunakan dalam kosmetik

2005- Perisa makanan didapati mengandungi alkohol

- Lcysteine,bahan yang diperolehi daripada rambut manusia digunakan sebagai penambah makanan dalam pelbagai jenis makanan seperti roti, piza dan perisa makanan yang tidak manis.

Maka dengan ini saya ingin memberi satu alternatif buat pengguna Muslim walau di mana anda berada untuk menggunakan produk HPA.Tiada alasan lagi untuk kita tidak menaikkan ekonomi umat Islam sendiri disamping mengamalkan gaya pemakanan hidup yang sihat berasaskan produk yang halal dan bersih lagi suci..

Comments

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung