My Personal Survey

بسم الله الرحمن الرحيم


Rabu malam khamis baru-baru ini aku berkesempatan untuk membuat survey peribadi yang agak santai di Giant. Sementara dua orang sahabatku membeli-belah, aku berteleku sendirian di deretan rak makanan di pasaraya Giant. Makanan yang menjadi kebiasaanku serta teman-teman ku capai satu-satu dan mengamati ramuannya. Memang sukar untuk meyakinkan diri ini kod-kod yang digunakan untuk mewakilkan ramuan kebanyakannya ada dicampurkan dengan unsur-unsur babi. Mungkin susah untuk percaya, tetapi sebelum itu mari kita baca satu email yang saya terima kebetulan selepas saya menghadiri kursus PBC di Hotel Allson Klana, Nilai tersebut.

Syeikh Sahib bekerja sebagai Pegawai di badan Pengawasan Ubat dan Makanan (POM) di Pegal Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua barang, makanan dan ubat-ubatan.


Produk apapun yang akan dipasarkan oleh sesuatu perusahaan, produk tersebut harus mendapat izin terlebih dahulu dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis. Syeikh Sahib bekerja di Badan tersebut bahagian Quality Control. Oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.

Banyak daripada bahan-bahan tersebut ditulis dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang ditulis dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya saat Syeikh Sahib menemui bentuk matematik tersebut, dia ingn tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang pakar dalam bidang itu. Orang tersebut menjawab ' Kerjakan saja tugasmu dan jangan banyak tanya'.

Jawapan tersebut menimbulkan rasa curiga buat Syeikh Sahib. Kemudia dia mula menyelidiki kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang ditemui cukup memeranjatkan kaum muslimin di dunia.

Hampir seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lain. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.

Yang menjadi pertanyaan sekarang; di manakah lemak-lemak babi tersebut? Jawapannya adalah; Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM. Kemudian badan babi tersebut dipusing untuk membuang lemak. Kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.

Mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata ia berhasil.

Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedimikian rupa dan dipasarkan. Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan dan ubat-ubatan dicantumkan pada kemasan.

Oleh sebab itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat(lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.

Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan kekurangan perdagangan bagi negara pengeksport.

Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mugkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan untuk sampai tempat tujuan sehingga mesin yang ada di dalamya mengalami kerosakan akibat terkena air laut.

Kemudian mereka punya idea untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit degan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai lapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan muslim dan beberapa vegetarian. maka tentera-tentera tersebut menolak untuk berperang sehingga mengakibatkan perang saudara(civil war).

Negara-negara eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan catatan lemak babi dalam kemasan dengan mencatat lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970-an mengetahuinya.

Saat pengeluar produk ditanya oleh pihak berwajib dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya ialah lemak tersebut adalah lemak sapi(lembu). Meskipun begitu, lemak-lemak tersebut masih haram bagi muslim kerana kaedah penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak menurut syarak. Justeru itu produk dengan label baru tersebut tetap dilarang masuk ke negara-negara Islam.

Akibatnya pengusaha produk manghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilanmereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana keuntungan pasaran ke negara Islam boleh mancapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan uuntuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat dalam banyak perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, coklat, gula-gila, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin, dan beberapa multivitamin. dan masih banyak lagi jenis produk makanan dan ubat-ubatan lainnya.

Semenjak produk-produk tersebut di atas banyak digunakan seperti hasil pertanian dan perusahaan oleh negera-negara muslim, kita sebagai orang Islam tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu, kekerasan dan seks bebas.

Oleh itu saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita gunakan dan merujuk dengan daftar kode E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli , maka hendaknya dapat dihindari kerana produk dengan kod-kod tersebut di bawah ini mengandungi lemak babi.

E100, E110, E120, E140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904.

Menjadi tanggungjawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga menghebah informasi ini kepada saudara kita.

E-mail tamat.

Baik, berbalik kepada kajian peribadi saya di awal post tadi. Barang makanan yang sudah terbiasa di jamah oleh mulut ini saya capai satu-satu maka tercatatlah seperti di bawah:

Coklat Cadbury- E471, E476

Twisties and Cheezel- E330, E331, E551, E621, E627, E631

Kek Apolo- E102, E110, E471, E475

Choclair Cadbury- E476

Biskut Cheese-E102, E110

Horlick- wei (suatu bahan sampingan lebihan pengeluaran keju yang menggunakan enzim renet daripada haiwan yang tidak halal)

Puding-E102, E110, E124, E129, E133

Gula-gula fruit plus: E414, E330,E102, E133, gelatin 'halal'

Ini terlalu sikit untuk dikongsikan memandangkan masa begitu suntuk untuk saya berlama-lamaan di hadapan rak Giant. Mungkin ada yang tidak meyakini kata-kata ini kerana dikaburi tanda halal JAKIM. Terbaru, JAKIM telah pun menyerahkan tugas mereka kepada salah sebuah syarikat swasta dalam meluluskan tanda halal kerana pegawai mereka sendiri mengakui terlalu sukar untuk mengawal makanan yang terdapat di Malaysia. Tanda halal yang menjadi tempat bergantung Muslim di Malaysia hari ini semakin diragui tetapi kita masih menyedapkan hati kita kerana tidak diberi alternatif untuk membeli barangan lain tetapi sampai bila kita harus menipu diri sendiri? Jika ingin dibahaskan isu babi pasti tidak putus-putus mengenainya. Malah email di atas boleh mengundang berbagai-bagai 'critical thinking' sebagai hujah.

Umat Islam hari ini sudah terlalu ramai yang terbuka mindanya maka saya menyeru kepada sahabat-sahabat sekalian, andai diri tidak mampu berdakwah dan menyebarkan Islam secara langsung kepada manusia di sekeliling, kembalikan keluargamu dan sahabat-sahabatmu kepada fitrah Islam yang suci. Jangan sesekali seketul darah di dalam badan mereka dinodai dan sekiranya telah dicemari maka kembalilah kepada Ilahi.

Rasulullah S.A.W bersabda:

" Akan datang kepada manusia suatu zaman, seseorang itu tidak peduli apa yang diambilnya itu daripada yang halal atau haram. Maka tidak dimakbulkan doa mereka"

Riwayat Bukhari dan Muslim.

Comments

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung