Dua Kekuatan

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini kita akan belajar bagaimana untuk mencari dua kekuatan manusia. Berpesan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dalam nasihatnya, kekuatan dalaman manusia hanya diperoleh melalui dua cara


1) Mendirikan solat sunat tahajjud di sepertiga malam setiap hari



2) Meninggalkan minuman yang berais


Antara kedua-dua langkah ini, pilihlah salah satu sebagai amalan. Jika dapat mengamalkan kedua-duanya sekali,itu yang terbaik. Jika tak mampu, dirikanlah tahajjud setiap malam maka kita boleh minum ais. Jika tak mampu dirikan tahajjud setiap malam maka tinggalkanlah minuman berais. Ha, pilihlah mana suka. Tapi, rata-rata rakyat Malaysia memang tak boleh minum air panas sebab tak nikmat, tak terasa sedapnya nikmat minum air kalau tak berais dan rata-rata umat Islam juga liat untuk mendirikan tahajjud di malam hari. Jadi, macamana kita nak menjana kekuatan dalaman kalau satunya kita tak mampu amalkan dan satu lagi tak mampu tinggalkan?

Teringat pada pensyarah undang-undang saya yang berpesan pada pelajar-pelajar sebelum menduduki peperiksaan akhir semester ‘jangan minum air sejuk( air sejuk je pun,bukan ais),kalau nak minum fresh orange ke, minta yang suam.kalau saya jumpa kamu kat café minum air sejuk, saya jelling kamu’. Begitu sekali pandangan beliau terhadap orang yang minum air sejuk.

Teringat juga pada ibu saya yang melarang anak-anaknya minum minuman berais. Kalau nak juga, tak salah, tapi jangan selalu. Sebab tu kalau keluar dengan umi dan ayah mesti jadi baik, order air suam je. Beruntung dapat umi dan ayah yang mementingkan kesihatan anak dia ni. Di rumah kalau nak jumpa ais masa orang nak datang je, kalau orang tu cakap nak datang sehari sebelum, sempatlah buat ais. Kalau dia cakap 5 minit sebelum, terpaksalah saya menghidangkan mereka dengan air suam je lah..gurau je. Em, apalah agaknya keburukan meminum ais sehingga ulama’ kita meletakkan syarat tersebut.

Keburukan Minuman Berais

Saya ada terbaca artikel mengenai meminum minuman berais selepas makan boleh mendapat serangan jantung. Secara logik,mungkin ada kebenarannya. Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan dan bukannya minuman berais. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru kebiasaan minum air panas atau suam sewaktu menikmati hidangan.

Memang enak dan segar minum air berais selepas makan, tetapi boleh menyebabkan kematian dalam usia yang muda jika ini yang kita amalkan setiap hari. Air berais akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan melambatkan proses pencernaan kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat berbagai penyakit.


Selain itu,mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru. Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempoh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar gelas ini.

Dari eksperimen ini, kita perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah ini ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air.

Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esofagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity).

Apabila seseorang minum air batu seperti jus apple atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain.

Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.

Minum minuman berais selepas melakukan aktiviti berat pun tak elok juga. Selepas bersukan contohnya, urat kita semuanya mengembang. Tapi bila kita minum ais, urat yang tadi mengembang akan serta-merta mengecut. Terkejut urat tu. Sebab tu lah kita selalu sakit-sakit sendi, sengal otot lah. Sebab tu juga kita punya perangai pun macam sengal.

Itulah serba sedikit yang dapat dikongsi. Saya ni dulu bercita-cita nak jadi doktor, tapi tak kesampaian. Jika ada yang tersalah, sila-silakanlah perbetulkan. Kalau join HPA, peguam pun boleh jadi doktor,surirumah pun boleh jadi doktor apatah lagi doktor yang memang sedia jadi doktor, bertambah-tambah ilmu tanpa bayaran yang tinggi nak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi. Kalau Astro pemiliknya bukan Islam, tapi HPA adalah milik orang Islam. Tapi HPA menyerupai ASTRO kerana padanya macam-macam ada! Oklah, melawak je..Tapi serius. Wallahua’lam.

Comments

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung