Kucing - Haiwan Yang Perlu Disayangi

بسم الله الرحمن الرحيم

Artikel ini bukan bertujuan menakut-nakutkan mana-mana individu tetapi sekadar luahan rasa melawan kebosanan yang bergelintar.

Posting ini ditujukan khas buat peminat kucing di seluruh Malaysia sahaja kerana jika saya tujukan di seluruh dunia, ramai yang diluar negara sana tidak memahami bahasa Melayu. Sebenarnya hati agak resah. Diingatkan kepada semua pembaca blog ini, jangan begitu terpengaruh dengan cerpen-cerpen yang disiarkan. Jangan sesekali anda aplikasikan di dalam kehidupan anda kecuali yang memberi manfaat sahaja. Segalanya adalah khayalan semata-mata, tiada berkaitan dengan yang masih hidup atau pun yang sudah meninggal dunia.

Kucing adalah binatang yang paling saya suka,gemari dan cintai kerana kucing mempunyai sentimen yang dapat memahami bahasa tubuh manusia. Rasulullah pun suka kucingkan? Adakah kalian tahu apa itu kucing?

Mari saya kenalkan anda dengan kucing. Kucing adalah sejenis haiwan yang berbulu halus (bagi tuan yang pandai menjaganya) atau kasar (biasanya kucing jalanan dan tuan yang tidak mahir dalam dunia kucing), mempunyai telinga yang sedikit panjang dan kadangkala agak berselupat di dalamnya (?). Adakalanya mereka muncul dengan gaya ekor pendek atau jika inginkan kelainan, mereka akan menyambung ekor agar kelihatan panjang (jangan ingat manusia je pandai sambung rambut).Kucing mempunyai misai di atas mulutnya samada panjang ataupun pendek (yang pendek ni kena gunting kat tuan dia). Mempunyai taring yang boleh melukakan manusia jika tidak pandai dikawal dan tidak pandai mengambil hati mereka.


contoh bagi mereka yang tidak pandai mengambil hati

Kucing yang saya tahu setakat ini terbahagi kepada dua, kucing parsi dan kucing siam. Tidak perlu dijelaskan lagi bahawa kucing parsi adalah berasal dari Parsi dan kebiasaan mereka berbulu sangat panjang dan boleh membawa kerimasan kepada diri mereka sendiri manakala kucing siam berasal dari Thailand. Kucing siam ini lebih banyak dipelihara manusia kerana mereka sangat pandai berdikari tidak seperti kucing parsi yang agak pemalas memandangkan bulunya agak berat untuk di bawa ke sana dan ke mari.

contoh kucing parsi yang pemalas



Sepanjang hidup saya, saya hanya pernah memelihara kucing siam je. Ada yang comel dan ada yang tak comel. Antara nama kucing yang pernah saya pelihara ialah Megat Junid, Megat Ayub (adik beradik), Jimmy, Tanggang. Semuanya warna oren putih kecuali Megat Ayub yang bewarna hitam. Megat Ayub ketika baru seminggu melihat dunia, beliau diserang oleh seekor Musang yang tidak berhati perut sehingga sebelah matanya terkeluar disebabkan gigitan musang yang berbulu manusia itu. Saya membawa beliau ke klinik haiwan untuk diberi rawatan tetapi sekembalinya ke rumah, beliau menghilangkan diri mungkin kerana rasa rendah diri dengan rupa parasnya.

Saya juga pernah memelihara seekor musang pandan ketika saya di dalam darjah 2. Ibunya yang tidak menyanyanginya lagi membuang beliau di hadapan rumah saya lalu kami sekeluarga menjaganya seperti keluarga sendiri sehinggalah beliau mati dipatuk ular.

Berikut adalah contoh kucing siam jika anda ingin tahu.



terdapat juga kucing siam yg sgt pemalas





kacukan siam dan musang




kucing yang terlalu banyak tahi mata

Beginilah seadanya kisah tentang kucing. Bagi anda yang berminat memelihara kucing, bolehlah mengambil mereka di tepi-tepi jalan atau membelinya terus dari nurseri kucing bagi mendapatkan yang lebih terurus dan bersih. Sekian sahaja, terima kasih.

Comments

Wida' said…
huuu~
msti seram sejuk sarah bc entry nih.

an x tau plak nti mmg byk bela kucing sblum nih.

bkn sume org ad naluri syg kt hewan ni tau. an stakat bg mkn tu blehla. Nak belai2 bulu dia..wOw~ not in my book! haha

p/s = Kucing p.cik syam..!! huhu
adele said…
kucing p.sham lah sedap..
bulu panjang..
mcm membelai tuannya saje.. kehkeh
Durratul Akhyar said…
pergh..kucing!

meow..meow..meow (cr tuan x jmpe)

nti tau x..sjk ana blk umah ni tetiba ada sekor kucing tsesat kt umah ni..huhu..hr2 kene bg mkn..okla tu kn tp ble nk mai mnja2..ana jerit dlu la..huhu..fobia! kucing tu siap pnjt kt ana lg..huhu..ana takut2 dh skang nk dkt2 ngn kucing..

p/s: tingat ms kt cafe nilam..ana terpijak ekor kucing..skali kucing tu jerit..ana pn terjerit skali..abih malu ana..heeeeeeeee~
adele said…
mungkin bau nti sama ngn bau ibu dia dulu..cuba2lah dekati dia ye..hik2 =)
Anonymous said…
salam,dengan kapasiti ana sbg seorg pakar dalam ilmu perkucingan,ana mntak izin untk komen mengenai gambar tangan yg luka ygmana caption pd gambar tu mnunjukkan luka tu tjd sbb xpndai mngmbil hati kucing yg mlakukan angkara tersebut,mgikut kajian ana,jenis luka spt dlm gmbar tu tjd dsbbkan kucing tu sndri yg mmg ganas,jahat,sombong,tinggi diri,etc. si empunya tangan tu xbersalah pung..:-D
adele said…
salam..
to en. anonymous..
sy dah btanya pd yg lebih pakar dlm ilmu perkucingan..
tgn tu mungkin berbau busuk sehingga menarik perhatian kucing utk mencakarnya..
sila terima dgn hati terbuka.. :-D

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung