Penjenayahan Istilah.

Anak tak sah taraf, terlanjur, sumbang mahram, pelacur kelas atasan, khinzir, bersekedudukan, berkhalwat, etc.

Berikut adalah beberapa contoh perbendaharaan kata atau istilah yang dewasa ini sering berkumandang dan acapkali kedengaran di kaca television, radio, dada, kaki mahupun perut akhbar dan juga dalam arus perdana yang lain, malah peredaran masa juga telah mengasimilasikan penggunaan istilah-istilah ini ke dalam percakapan dan perbualan seharian masyarakat.

Melalui pengamatan, penelitian, analisa dan diikuti dengan diskusi ilmiah dan santai bersama sahabat dan juga masyarakat yang datang daripada pelbagai latar, penulis berasa seakan terpanggil untuk turut berkongsi dengan pembaca sekalian tentang fenomena ini yang jauh di sudut hati penulis, terdetik rasa bimbang akan ancaman dan tribulasi yang bakal timbul rentetan daripada pengenalan suatu bentuk serangan berbentuk psikologi ini.

Sebagai contoh pertama, apabila perkataan “zina” dituturkan, rata-rata otak manusia yang normal pasti tampil dengan tafsiran buruk-buruk yang kaw-kaw buruknya kerana perkataan itu sendiri membawa konotasi yang tidak baik dari pelbagai aspek seperti aspek kerohanian, kesihatan, sosial dan sebagainya, berbeza dengan perkataan baru yang kini semakin kerap digunakan untuk menggantikan perkataan zina itu seperti perkataan terlanjur, hubungan sulit dan sebagainya. Ianya secara psikologi mempengaruhi otak manusia yang normal membuat tafsiran yang sedikit berbeza- sedikit ringan dan secara sendirinya ter ‘toleransi’ dengannya malah boleh menjentik keberanian kepada jiwa pemikir dangkal untuk turut sama berbuat zina yang telah ditukarkan istilahnya tadi kepada istilah yang lebih ringan kerana kurangnya rasa gerun dan malu dalam diri hasil daripada iktikad dengan interpretasi maksud yang salah melalui istilah yang telah dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terutamanya media massa selaku penyumbang utama kepada barah berbahaya seperti ini.

Tindakan penulis berhujah menggunakan pendekatan psikologi ini bukanlah dibuat berdasarkan obiter dictum atau pendapat kosong penulis sendiri, malah penulis bersedia dengan fakta ilmiah dalam bidang psikologi berkenaan topik yang sedang kita bincangkan ini untuk menjamin keauthoritian penghujahan ini sebagai sesuatu yang boleh dipegang dan dimanfaatkan bersama; Dalam ilmu psikologi, terdapat beberapa terminologi yang merujuk kepada bentuk penafsiran yang lazimnya dilakukan oleh otak manusia;

(1) low-latent inhibition,
(2) high-latent inhibition.

Lazimnya, kebanyakan otak manusia normal bekerja memproses maklumat menggunakan konsep dan prinsip yang kedua iaitu high-latent inhibition. High-latent inhibition di sini bermaksud, penafsiran terus dan jelas yang dilakukan oleh otak sebaik sahaja melihat, mendengar atau merasa sesuatu. Sebagai contoh, apabila kita membaca suatu artikel dalam sesebuah akhbar dan mata kita ‘terserempak’ dengan satu perkataan atau istilah baru, sebagai contoh, anak tak sah taraf, maka kebanyakan daripada kita pasti akan keluar dengan tafsiran tentang maksud anak tak sah taraf itu yang merujuk kepada status perkahwinan ibubapa yang tidak menjangkaui tempoh matang yang ditetapkan semasa anak itu dilahirkan, akibatnya kelahiran anak itu tidak diperakui oleh authoriti berkaitan. Berbeza pula dengan istilah anak luar nikah, otak kebanyakan daripada kita pasti tampil dengan tafsiran bahawa anak luar nikah itu adalah anak yang lahir daripada jalan zina atau bermacam lagi interpretasi yang lebih buruk dan sadis sedangkan pada hakikatnya kedua-dua istilah tersebut membawa maksud yang sama.

Lihatlah kesannya wahai sahabat-sahabatku, kita sebenarnya sedang dikelirukan dan dibohongi oleh pihak-pihak tertentu dan juga tertipu dengan diri sendiri dalam mengindahkan sesuatu kemungkaran yang terang-terangan ditegah oleh Allah S.W.T.

Benarlah seperti firman Allah yang berbunyi:

Bermaksud: “sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat, kami jadikan perbuatan-perbuatan buruk mereka kelihatan baik kepada mereka, oleh itu tinggallah mereka dalam kesesatan”.

Surah An-Naml: 4.

Wallahu a’lamu bis showaab :-)

Comments

hamba Allah said…
kamus dewan terlalu byk edisinya sehingga terlalu byk istilah yg digunakan..
Salam,

baguslah kalau sedar akan peri penting mengetengahkan isu ini.

Teringat kata-kata murabbi FSU yang kini sudah meninggalkan kampus USIM, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, lebih kurang begini:

"Antara fitnah yang teruk melanda umat Islam sekarang adalah fitnah dalam penggunaan istilah. Ia umpama racun meresap pemikiran umat Islam, yang lama-kelamaan akan menyebabkan tidak terasa apa-apa terhadap kemaksiatan, bahkan lebih menyedihkan, halal dan haram sudah tak dapat dibezakan.
Sewajarnya antum mengkaji berkenaan masalah ini. Cari punca dan perbaiki sedaya yang boleh."

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung