Inikah Cinta

بسم الله الرحمن الرحيم

In response to Elis' situation, aku akan sentiasa mengingati pesan umi " jangan sesekali senyum kat pendatang asing". Juga kepada Naem dan Huda, pasti belum melupakan pesanan umi ku ini. Sehinggalah ke hari ini, jika aku berjalan di sebelah mamat Indon, Filipina mahupun Vietnam apatah lagi Pakistan samada Muslim atau tidak, tiada segarit senyuman pun terukir di bibirku, inikan pula ketawa terbahak-bahak seperti yang berlaku di rumah. Tambahan di sekitar Nilai merupakan tempat perkumpulan pendatang asing dari seluruh pelusuk di Asia Tenggara, mereka pastinya berada di mana-mana, jika tersalah langkah pasti akan membawa kepada kisah cinta terlarang. huhu.

Maka dari situ berlakulah kahwin lari atau memaksa ibubapa untuk merestui saja perkahwinan dengan bakal menantu berbangsa lain, kemudian mempunyai anak dan selepas itu, jika yang memeluk Islam kerana cinta, akan pulang ke agama asal, kemudian bercerai, selepas itu menuntut hak penjagaan ke atas anak.. Jika diizinkan Allah, anak itu akan terus berada di bawah penjagaan ibu/bapa yang beragama Islam, sekalipun anak itu bahagia di bawah penjaga Muslim, tetapi nikmat bahagia hanyalah sementara apabila anak itu dibawa lari ke negara lain kemudian menjalani kehidupan tanpa akidah Muslim dan akhirnya anak itu membesar tanpa hala tuju yang tidak pasti.

Hakikatnya tiada salahnya untuk berkahwin antara bangsa yang berbeza, atau memeluk Islam kerana cinta, tetapi pasangan yang sudah sedia Muslim haruslah mendidik, mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya, ini tidak.. yang Muslim sendiri tidak bertudung, berseluar pendek paras lutut.. Bagaimana rumahtangga yang dibina hendak kekal selamanya.. Bahkan hanyalah bertahan untuk tempoh masa yang begitu singkat. Tak percaya, lihat sajalah kes-kes seumpama ini sudah bertapak di Malaysia sejak dahulu lagi.. jika yang perempuan, meranalah hati sang ibu ini, meratapi kehilangan anak yang dibawa pergi, nyawa yang pernah dikandung selama 9 bulan di dalam perut dirampas tiada simpati. Saat ini, tiada lagi cinta antara dua jiwa yang pernah disemai penuh gelora suatu kita ketika dahulu..Pelik..Pelik.. Inginku tegaskan di sini, tak salah berkahwin untuk antara dua bangsa, cuma kuatkanlah dengan hakikat Cinta yang sebenar.

Comments

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung