Sigh

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, setelah menamatkan peperiksaan Law of Contract petang semalam, maka semester 3 akan berlalu membawa diri. Bermakna semester 4 akan muncul dengan subjek-subjek yang boleh melumpuhkan minda. Pagi semalam, setengah jam sebelum pukul 9 untuk menduduki peperiksaan di awal pagi, entah mengapa Mai terlepas juga mulutnya untuk bertanyakan Husna yang ke hulu hilir dengan nota tortnya. Kan pagi ni exam Contract? Maka pucat lesi lah wajahnya mengenangkan apa yang bakal ditempuhi untuk Contract pagi ini. Husna seperti mencari ruang untuk kelegaan, " bukan Tort pukul 9 ke? dalam slip tulis Tort pukul 9?", ujarnya dengan wajah yang masih terkujat. Saat ini jantungku pula yang bagaikan luruh sebentar. Benar..ish2.. Aku yang seperti lipas kudung segera menyambar nota tort yang sempat kubuat sehari lepas. Seluruh hidupan di dalam rumah itu mula meloncat-loncat ketakutan. Mujurlah..sekurang-kurangnya ada ingatan semasa aku membuat nota tersebut terhadap cases and principles that have been applied in tort situations nowadays . Pukul 9 lebih baru masuk dewan, time menulis tu rasa nak keluar je dari dewan. Nak tipu kata migrain pun ada jugak. Terfikir nak jumpa dekan merayu-rayu untuk ambil selepas cuti pun ada jugak. Tapi, yey,berjaya!! untuk terus berada di dalam dewan sehingga ke pukul 11.30. Cuti yang hampir sebulan lebih akan digunakan sebaiknya.Sila extract pengajaran :-)

Malaysian Legal System I
Tamadun Islam dan asia tenggara
Hubungan etnik
Englishfor Law I
English for Law II
Bahasa Arab Undang-Undang I
Bahasa Arab Undang-Undang II
Usul Fiqh I
Usul Fiqh II
Fiqh Al-Ibadat
Malaysian legal System II
Prinsip Pengurusan Perniagaan
Bahasa Arab Undang-Undang
English for Law
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Fiqh Al-Muamalat
Constitutional Law I
Law of Torts I
Law of Contract I
Islamic Law of Property
Ulum Al- Quran
Ulum Al- Hadith
Pengajian Halaqah


All done. Peace no war!

Comments

Wida' said…
argh..aku pun antara hidupan yg trgolong sama itu! huhu
Fazareez Fauzi said…
patut la lari msuk dlm dwn ari 2... ingt kut ada perlawann lumba lari..hehe
adele said…
eh,ada ke berlari? x perasan..adrenaline..huhu

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung