Benarkah nabi berhijrah ke mekah pada 1 muharam?

السلام عليكم

Kalau ditanya umat Islam moden hari ini bilakah Rasulullah saw hijrah dari Makkah ke Yathrib (Madinah), majoritinya akan menjawab 01 Muharram. Mengapa? Kerana kita meraikan peristiwa ma'al hijrah pada 01 Muharram tiap tahun.

Sedangkan hakikatnya peristiwa besar hijrah sebenarnya tidak berlaku pada 01 Muharram. Sebaliknya ia berlaku pada hari Juma'at 12 Rabi'ul Awal. Rasulullah keluar daripada rumah di Makkah pada 21 (atau 23 Safar) dan kemudiannya bersembunyi beberapa hari dengan Saidina Abu Bakr di Gua Thur. Kemudian Rasulullah berjalan ke arah Yathrib dan tiba di perkampungan Quba pada hari Isnin 08 Rabi'ul Awal. Disana Rasulullah mendirikan Masjid pertama didalam sejarah Islam dipanggil Masjid Quba'.

Pada pagi Juma't 12 Rabi'ul Awal, Raslulullah bersama Saidina Abu Bakr dan penduduk Qubah bertolak beramai-ramai menuju ke Yathrib. Tidak jauh selepas berjalan (dalam 2-3 km), masuklah waktu Jumaat. Maka Rasulullah berhenti dan mendirikan solat Juma'at. Itulah solat Juma'at pertama didirikan secara berjema'ah terbuka didalam sejarah Islam. Disitu jugalah pertama kali Rasulullah menyampaikan khutbah Juma'at secara terbuka dalam sejarah Islam. Persitiwa itu kini dirakam dengan pembinaan sebuah masjid berhampiran pinggi Quba' yang kini dikenali sebagai Masjid Juma'at.

Setelah selesai, Rasulullah meneruskan perjalan ke Yathrib dan tiba sekitar waktu 'asar. Disitulah berlaku peristiwa dimana Rasulullah menyampaikan pidato pertama sebagai pemimpin Daulah Islamiyyah di Madinatul Munawwarah, dan dalam ucapan sulong itu Rasulullah memulakannya dengan ucapan: "Aiyuhannas.. afsyus salam" ("Wahai manusia..sebarkanlah salam"). Kemudian kita semua tahu berlaku peristiwa unta Rasulullah bernama Quswa yang ditaqdirkan berjalan menuju ketempat yang hari ini adalah Masjid Nabawi.

Perkara yang ingin saya kemukakan adalah bagaimana kita umat Islam sudah menjadi kelabu dengan sejarah kita sendiri, sehinggakan perkara yang kita cipta kini menjadi suatu peringatan sejarah, satu 'kegiatan agama'-sehingg menenggelamkan hakikat sejarah sebenarnya Rasulullah berhijrah pada tarikh 12 Rabi'ul Awal, bukannya 01 Muharram!

Sebagai perbandingan, cuba kita bertanya kepada mana-mana umat Kristian bilakah lahirnya Jesus, mereka akan senada menyatakan pada 25 Disember, dengan perayaan apa yang dikenali sebagai Krismas. Atau dalam bahasa Indonesia disebut Hari Natal-hari kelahiran Jesus. Sedangkan hakikatnya Jesus tidak lahir pada 25 Disember, sebaliknya dia lahir pada 06 Januari. Sebab itu penganut Kristian Orthodox di Syria, Armenia, Iraq, Jerusalem dan lain-lain tidak meraikan Krismas 25 Disember ini. @5 Disember adalah hari perayaan Krismas yang dicipta oleh Kerajaan Roman diabad ke 3 atau 4 untuk memperingati hari penyembahan matahari dipanggil Saturnalia. Hari ini umat kristian hampir-hampir, mungkin juga sudah lupa tarikh sebenar kelahiran Jesus!

Apakah kita umat Islam sedang menjejaki langkah-langkah mereka!

Hari ini kalau ditanya umat Islam apakah hukum orang berzina, berkhalwat, qazaf dan lain-lain. Mereka kata denda atau penjara kerana itulah yang terkandung dalam Enakmen Jenayah Syariah. Walhal itu adalah undang-undang yang kita reka. Sedangkan hakikat sebenarnya mengikut hukum asli Al Quran dan Sunnah sangatlah berbeza!

Apakah hadis Rasulullah saw bahawa suatu hari nanti kita umat Islam akan mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasara selangkah demi selangkah, setapak demi setapak sehingga mereka masuk lubang biawak pun kita akan ikut sudah terjadi. Kalau tengok cara kita memperingati peristiwa hijrah, dibandingkan dengan Krismas, mungkin kita sudah pun termasuk dalam lubang biawak itu, na'uzubillah min zaalik.
Aiyuhal ummatin, ikhwanul Muslimin rahimakumullah, kembali lah kita kepada ajaran Islam yang sebenar, berdasarkan al Quran dan Sunnah. Saya mengjaka diri saya dan diri saudara/i semua marilah kita melakukan hijrah sebenarnya, hijrah aqidah kepada Islam yang hakiki.Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
01 Muharram 1431
18 Disember 2009

Comments

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung