Friday, December 4, 2009

Bila langit mula mendung..

بسم الله الرحمن الرحيم

Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita,
"Cuaca buruk je akhir-akhir ni ye..". Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?
- Ish, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan lagi....
- Tiap-tiap hari hujan...susah la macam ni..
- Payah nak buat apa-apa kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan !

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa:





"Ya Allah,curahkanlah yang bermanfaat.."




Hakikatnya, hujan itu rahmat..

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)" (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya:
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat ni kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram atau tak best. Kesian hujan.

Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pernah berpesan, bila hujan turun, doa mustajab.

Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, berdoalah. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yang bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ada sukatan. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

Ini perihal hujan. Kepada yang berada di pantai timur sana, betapa besarnya rahmat Allah sehingga terjadinya banjir yang menguji kesabaran. Segalanya akan berlalu bila masuknya tahun baru. InsyaAllah. Life is bittersweet! =)

5 comments:

Khazinatul_Asrar said...

ana sangat suka hujan dan cuaca mendung~! huhu. betul2,knape ye org slaLu mengeluh bila hujan? panas pun mengeluh juga~

benarlah,manusia tak pernah puas dengan nikmat yg dikecapi~

maka,
nikmat Allah yang mana kau dustakan?

aduh,muhasabah diri sendiri~ :)

adilahamzah said...

kalau boleh nak sentiasa hujan.. boleh tidur sentiasa.. =)

Khazinatul_Asrar said...

ops.tidur sentiasa?
bahaya tu~hehe.

-pencinta hujan dan sakinah-

adilahamzah said...

hehe.kalau tidur itu yg terbaik..

Mohd Hazimin Harun said...

Diceritakan, Rasullullah S.A.W. berasa gusar melihat langit berselubung awan mendung. Namun gusar Baginda tidak lama bila hujan turun.

itulah rahmat Tuhan.

Followers