Manusia dan jin..

بسم الله الرحمن الرحيم

Sudah sekian lama ingin saya berkongsikan pengalaman yang sangat berharga ini. Jika dahulu, saya sendiri agak sukar untuk mempercayai kehidupan alam ghaib ini tetapi setelah hampir beberapa tahun ini saya adalah penghidap penyakit sakit kepala yang tegar, segalanya terbongkar setelah melihat dengan mata kepala sendiri pesakit yang menerima rawatan akibat gangguan makhluk halus melalui kaedah perubatan islam daripada ustaz-ustaz yang mendalami ilmu ghaib ini. Pengalaman melihat perempuan yang mengaum seperti harimau akibat gangguan saka,ibu saudara saya yang mengilai dan menangis bertukar menjadi orang lain secara total, juga gangguan saka, kaca dan jarum yang keluar daripada dada ayah saya sendiri apabila telur dialinkan ke atasnya akibat santau dan seorang wanita yang bertukar serta merta menjadi bukan dirinya sendiri akibat di sihir, situasi yang berbeza ini benar-benar meyakinkan saya bahawa ilmu ghaib yang sukar untuk dipercayai dulu sememangnya wujud sudah berkurun-kurun dahulu.

Umumnya, perkara ghaib ini dikategorikan kepada 3 bahagian iaitu saka, santau dan sihir manakala secara khususnya, terdapat berbagai istilah yang mungkin merujuk kepada makna yang sama. Saka ialah jin yang dipelihara oleh nenek moyang terdahulu apabila mereka membuat perjanjian untuk menjaga diri dan harta sepanjang hidup mereka sehinggalah yang membuat perjanjian itu mati kemudian jin ini akan menjadi jin yang tidak mempunyai tuan atau pembela maka ia akan mencari tuan atau pembela dari kalangan anak tuannya yang telah mati itu tadi. Saka terbahagi kepada dua sahaja iaitu, saka yang kita tahu, dan tidak tahu. Ini bermaksud, saka yang kita tahu ialah di mana kita mengetahui nenek moyang kita pernah membuat perjanjian lalu dengan rela hati, kita akan menerima jin itu untuk dipelihara setelah kematian nenek moyang kita manakala saka yang kita tidak tahu adalah kita tidak pernah dikhabarkan akan perjanjian nenek moyang kita dengan jin tetapi kita yang menerima kesakitannya. Rata-ratanya pada hari ini, masyarakat melayu tidak mengetahui bahawa nenek moyang mereka pernah membuat perjanjian dengan jin, jadi bagaimana mereka ingin meneruskan perjanjian jika mereka tidak tahu perjanjian pernah dibuat antara nenek moyang mereka dengan jin? Dari situ, wujudlah tanda-tanda saka apabila jin yang terbiar tanpa bertuan itu mengganggu anak cucu tuannya iaitu seperti susah tidur malam, jiwa lemah dan mudah mengalah, selalu mengamuk, sakit kepala dan seluruh badan, mudah marah dan panas baran dan berbagai-bagai lagi tanda –tanda saka yang telah dikenal pasti, dan kesakitan ini hanyalah dapat dilenyapkan apabila kita bersutuju untuk menerima jin yang pernah dipelihara nenek moyang yang terdahulu.


"Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan..." - Surah al-Jin: 6

Mungkin sesetengah masyarakat kita agak sukar untuk menerima kenyataan ini kerana kita telah maju dengan ilmu sains dan kedoktoran yang hebat,yang mampu mengesan penyakit kanser payudara adalah disebabkan pembiakan sel-sel kanser, tetapi bukankan sains dan ilmu ghaib itu saling berkaitan? Saya ambil satu contoh, jika seorang wanita sukar mengandung, dari sudut sainsnya mungkin telur ovumnya tidak subur, tetapi dari sudut ilmu ghaibnya, jin telah memegang rahimnya sehingga mengganggu sistem dalaman seorang wanita dan sebagainya. Kerana itu lah saka mampu meretakkan hubungan rumahtangga yang bahagia. Ikuti kisah seterusnya..

Comments

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung