Jika Semua Orang Masuk Syurga, Siapa Yang Nak Duduk Di Neraka?


Seorang anak ini pergi ke sekolah seperti biasa dan mempelajari Pendidikan Islam pada hari itu. Ustaz memberitahu murid-muridnya, jika di rumah, kita perlu solat berjemaah dengan keluarga. Bapa adalah imam dan penghuni lain menjadi makmum.

Lalu anak ini pun pulang ke rumah. Ketika ayahnya sudah pulang dari bekerja, dia mendekati ayahnya.

" Ayah, jomlah kita solat berjemaah. Ayah jadi imam, saya jadi makmumnya", pinta anak kecil itu.

" Eh, siapa yang ajar kau ni?", soal ayah tiba-tiba.

" Ustaz di sekolah cakap macam tu", ujar anak tersebut.

" Ustaz mana?", soal ayah itu lagi.

" Ustaz yang mengajar Pendidikan Islam. Lalu ayah itu mencari nombor telefon ustaz tersebut.

" Assalamualaikum ustaz".

" Waalaikumussalam".

" Ustaz, saya hantar anak saya ke sekolah untuk ajar dia je. Bukan untuk ajar saya. Apa hak ustaz nak mengajar saya..(bla...bla..bla...panjang bebelannya sehingga boleh menjejaskan aqidah)", lantang suara ayah itu bersyarah panjang. Ustaz sekadar mendiamkan diri namun ahikrnya dia tidak mampu mendengar rungutan bapa itu apabila ayah itu berkata:

KALAU SEMUA ORANG MASUK SYURGA, SIAPA PULAK NAK MASUK NERAKA?

Ustaz meletakkan telefon kerana tidak sanggup untuk menambah dosa bapa itu. Fikirkanlah dan renungkanlah..

Comments

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung