Resipi Sos Caramel

Suatu hari, saya memberi sebiji handmade chocolate saya kepada adik saya untuk dia rasa. Lalu dia berkata "Eh, kakcik..Ini inti yang ada dalam Choclairs tu kan?". Dan aku pun tersenyum bahagia. Sejak hari itu, kami tidak lagi membeli coklat di pasaran. :D

Bahan-bahan Caramel:

1 cawan gula putih
1/2 cawan "heavy cream"
6 sudu mentega


Cara-caranya:

Sebelum mula, pastikan bahan-bahan sudah tersedia di sebelah dapur kerana membuat caramel merupakan proses yang sangat cepat. Jika kalian baru nak sukat bahan ketika gula dah mencair,gula akan hangus dan caramel takkan menjadi sebaliknya ia adalah gula hangus. Pastikan tiada kanak-kanak berdekatan kerana gula yang panas lebih panas dari air panas.huhu



Panaskan gula pada api yang sederhana di dalam kuali yang agak tinggi. Bila gula mula mencair, kacau gula dengan sedikit ganas supaya ia tidak berketul menggunakan sudip kayu. Berhenti mengacau gula setelah nampak ia mendidih.

Perhatian: Resipi ini adalah lebih baik dengan menggunakan kuali yang tebal. Jika gula kalian agak menghangus (maknanya caramel anda pasti akan rasa hangit),dalam percubaan yang lain,jika takut hangus jugak, bolehlah tambahkan setengah cawan air ketika mula gula hendak dipanaskan. Cara ini lebih baik walaupun mengambil masa yang lama untuk gula mencair dan pekat seperti yang diidamkan.



Jangan takut jika gula anda jadi begini. Kacau vigorously.



Setelah gula habis mencair (ketika ini gula bewarna perang pekat),masukkan mentega dan kacau sepenuh hati anda supaya gula dan mentega sebati.



Setelah mentega habis mencair,tutup api dan alihkan kuali ke tempat lain, kira 3 saat, lalu masukkan 'heavy cream' dan kacau sehingga sebati. Sila berhati-hati kerana ketika ini caramel membuak-buak, sebab tu kena guna kuali tinggi.



Akhir sekali, sejukkan caramel anda di dalam mangkuk. Adakah caramel anda pekat seperti dalam gambar ni? Jika ya, bermakna anda berjaya membuat inti Choclairs!

Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya! :)

Comments

Anonymous said…
heavy cream tu cane? ade gambar sample tak?beli kat ne ni?
adele said…
heavy cream tu ialah whipping cream. tp lebih bercream dr whipping cream yg bese.beli kt kedai kek,tnylah tuan pny kedai,mesti dia tau :)
Anonymous said…
Sis nk tanye,ni boleh keras ke?? Mcm dlm coklat daim?? Coz kalau nk buat cookies,sy da biar kn karamel ni keras jadi mcm gula..

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung