Apa Perasaan Ko Dilah?

Assalamu'alaikum

Letih aku hari ni. Pagi tadi awal-awal lepas subuh umi ajak pergi rumah Along sebab Along tak larat nak jaga budak-budak. Ayah belikan nasi lemak bawa pergi Bangi untuk Along dan budak-budak. Teruk pula alahan Along mengandung kali ni. Tak pernah aku tengok dia mabuk macam ni. Seram pulak aku nak mengandung di masa hadapan nanti..Entah-entah lagi teruk..wuu

Tadi Along tanya, apa perasaan ko nak pergi Mekah Dilah? Aku terdiam seribu bahasa. Dalam kepala otak aku, aku membayangkan keterujaan aku untuk menaiki kapal terbang selepas 2 tahun lebih aku tak naik. Terukkan? Tapi aku memang suka naik kapal terbang...Ada sejenis perasaan yang tak boleh digambarkan bila pilot berjaya bawa kapal terbang tersebut membelah awan. Hebat! Tapi hebat lagi Maha Pencipta kerana menciptakan pilot yang sebegitu hebat.

Teringat pula aku pada kata-kata Mr. J sebelum cuti hari tu. Sekarang teknologi semakin hebat, lagi nipis memory card, sim card dan pendrie kita rasa hebat sangat kan? Tapi sebenarnya Allah S.W.T nak membuktikan kehebatan Dia perkara-perkara macam ni lah. Kita rasa teknologi tu hebat, siapa Pencipta asal kepada semua teknologi yang ditemui manusia?

Sambung semula perasaan nak pergi ke Mekah. Alhamdulillah, aku masih dikurniakan hati yang lembut..Bukan nak berbangga tapi itulah hakikatnya. Kadang-kadang bila aku duduk sorang-sorang, aku membayangkan Ka'abah di hadapan aku, bergenang dan menitislah air mata aku. Aku rindu untuk melihat Ka'abah. Terlalu rindu....Mestilah teruja dapat pergi ke Mekah. Tapi dalam pada masa yang sama aku takut, aku bersalah, aku tak layak untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Haram tu sebab aku terlalu...lalu...banyak dosa. :(

Tapi umi cakap, bukan senang nak menjadi tetamu Allah di sana, kalau kita terpilih untuk pergi ke sana bermakna Allah S.W.T yang menjemput kita untuk membersihkan dan menyucikan hati kita..Aku pun harap macam tu lah.. Semoga dengan Ibadah Umrah ini dapat memperbaiki banyak sikap buruk aku dan kelemahan hati aku.. Aku pun taknak jadi jahat selamanya....

Malam tadi Mak Ayah Kak Jea datang rumah. Mak dia cakap, kalau Allah tak izinkan hambaNya untuk kesana, takkan sampai juga orang tu ke Mekah. Kadang-kadang orang kaya yang dah banyak duit sekalipun tetap tak dapat menjejakkan kaki ke sana jika Allah tak mengizinkannya..

Dan aku....gunakanlah sehabis baik waktu di sana untuk beribadah.. Aku dekat sini mengadap movies, blog, buku.. Masuk sem baru study..study..study..Entah apa lah nak jadi!

Comments

natasha athirah said…
alhmdllh, bertuah la awak :) btw buat apa pergi ke sana ? I mean urusan apa ? don't gt me wrng ;')
adele said…
@ tca tyra ;)

xde urusan pun. tca.ibadah umrah semata.. :)

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung