Shopping..Shopping

Aku bukanlah kaki shopping sebenarnya. Aku tak macam perempuan lain yang nakkan handbag tu handbag ni, shawl itu baju ini. Aku sesimple-simple perempuan. Tapi kejinya aku sebab barang aku sekali beli mesti mahal. Macam kasut aku nak yang Scholl je, biarlah bertahun pakai, aku tak kisah. Bertahun dapat beli pun aku tak kisah. Sebab mahal pun boleh pakai lama.

Aku tak minat lah kasut tumit tinggi yang harga mampu milik sebab pakai bolehlah pakai 2 3 bulan macam tu je. Ya, aku tengok kawan2 aku semua macam tu sampai naik meluat pun ada takde keje asyik nak beli kasut je.

Hari ini aku dah beli kasut yang aku nak, extra battery nikon untuk kamera aku, buku sebanyak 4 buah bagi menghabiskan baucer. Aku tak beli novel satu pun. Aku beli yang bermanfaat je. Itu sahaja..sekian :D

Comments

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung