Jemputan Buat Warga SMKA TAHAP





Jika hati Syu dicuri di SMAP Kajang, hati saya dicuri di SMKA TAHAP. Saya ingin membuka kisah lama bagaimana saya boleh terkeluar daripada sekolah ini. Dan saat itu, hati saya benar-benar merindui sekolah ini. Terlalu rindu kerana sekolah ini memberi saya kesan ukhwah yang sangat mendalam. Maka tidak mustahil abang saya yang mendapat tawaran sekolah berasrama penuh SMAP Kajang (macam tak percaya kan?)ketika beliau di tingkatan 4, hanya 2 hari setengah di sana sudah menangis untuk pulang ke SMKA TAHAP semula. Saya juga pada awalnya ingin keluar dari sekolah ini tetapi tidak dilayan oleh ummi dan ayah.

Ketika di tingkatan 1, SMKA TAHAP, seorang lelaki sekelas dengan saya membuat perkara yang tidak pernah dibuat orang, dialah orang yang pertama membuat perkara yang mengaibkan itu bahkan terhadap saya pula. Saya tidak betah untuk meneruskan pelajaran di sekolah itu lantas membuat permintaan kepada ayah untuk berpindah ke sekolah lain. SMKA Kuala Lumpur menjadi pilihan. 3 bulan saya menangis di sini kerana pelajar perempuannya tidak bersikap seperti wanita. MasyaAllah, hati memang terseksa melihat gelagat si perempuan yang menjerit-jerit di dalam hadapan kelas sedangkan saya bagaikan tikus mondok di belakang kelas.

Begitulah kisahnya. Sehinggalah ke sekolah yang ke 4 iaitu SMAP Kajang, hati tetap terkenang-kenang bumi barakah SMKA TAHAP. Rindu pada Aisyah, Fatiah, Izati, Syazwana dan semua yang menjayakan ukhwah ini sehingga menjadi mantap. Subhanallah.

Panjang pula luahan. Maaf..maaf. Kepada sahabat-sahabat, akak-akak, abang-abang, kita jumpa 14 Julai ini ya. Saya akan menyusul di sana bersama mantan pengetua SMKA TAHAP dahulu ya. InsyaAllah.

Comments

ayaharith said…
time cuti ke ni, dila?
adele said…
sesungguhnya...
14 julai tu hr selasa..
x cuti lah..sy bru tgok kalendar..
hehe
Fazareez Fauzi said…
SMKA TAHAP. TAHAP 2 singkatan @ mmg nmg nm bet0i? Erm..kr bernomad time sek jgak la ni...
adele said…
Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang
ana mmg nomad.. haha
umairinsyirah said…
slm alaik..adik,tringat btul time dilah form one dlu..dengan akk skali pening bila dilah nak pindah sekolah..hihi=)dah besar kamu ye dik^_^i.allah akk cuba dtg.suami akk tak balik msia lg.doakn kt buleh jumpe na..=)
adele said…
betul kak..
sy rasa disebabkan sy..
seluruh warga TAHAP pening..
tme kasih, akk byk jd sumber inspirasi sy dlm diam..
owh, akk kt msia ye..
jga diri, sy doakan suami akk cpt balik..=)

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung