Monday, June 29, 2009

PBC Allson Klana Nilai

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, saya selamat bercuti di rumah menunggu pendaftaran menaiki Tahun Dua 2 Julai ini. Kelmarin, kerana terlalu bosan, serta -merta mengusulkan permintaan mengikut Syuhada ke sekolah lama di Kajang, tak sangka saya boleh hendak ke sekolah lama, mungkin kerana Maisarah turut serta maka saya jadi agak agresif untuk menyertai. Tak perlu diberitahu nama sekolahnya itu kerana sekolah lama saya ini tiada apa-apa yang menarik. Disebabkan itulah saya menggelarkannya 'neraka dunia'. Tetapi tidak lagi sekarang kerana saya sudah memadamkan segala memori berkaitan sekolah itu. ( adik-adik jangan ikut ya)

Usai ke sekolah, saya sedaya upaya untuk ke Hotel Allson Klana untuk memenuhi permintaan Puan Habibah untuk mewakilkan beberapa orang downlinenya untuk menghadiri PBC yang kesekian kali diadakan di Hotel Allson Klana, Nilai yang tidak jauh dari Kolej Kediaman Sutera Indah ( ceh). Terima kasih buat dua orang sahabat saya yang bersedia membantu saya menjadi pengganti downline Puan Habibah walaupun di akhir program berlaku sedikit kekeliruan jantina. ( Apa kebendanya ni). Maksud saya, berlaku sedikit salah faham antara kami. Hati benar-benar teruji bahkan semangat seperti terbang melayang, tiada kekuatan bila mana sahabat sendiri menjadi ujian pertama dalam perjuangan HPA ini. Namun Allah hanya uji seketika, terima kasih kepada kalian atas segalanya. Semoga ukhwah ini tetap tiada perubahannya.

Seorang kawan sekolah rendah saya merangkap downline saya juga turut menyertai program ini. Alhamdulillah, hatinya terbuka luas untuk terus memperjuangkan HPA. Bagi saya, PBC adalah kunci pertama untuk terus tetap di dalam HPA. Diharapkan organisasi yang bakal kami tubuhkan kelak di bawah nama Kelab Pemuda HPA, akan terus memartabatkan produk-produk halal yang semakin mendapat tempat di hati umat Islam hari ini. Misi kami adalah untuk menyatukan semua universiti-universiti di Malaysia, InsyaAllah.

Kepada sahabat-sahabat di sekitar Nilai mahupun dari universiti di daerah lain, jika kalian berminat untuk menyertai medan ini, boleh contact di 0148311799, terutama lelaki, sesungguhnya kami kekurangan kakitangan lelaki untuk Biro Perhubungan Awam dan IPT. Kalian sangat diperlukan. Surat jemputan akan dikeluarkan kemudian. Semoga usaha ini diberkati Allah dalam menjana keuntungan dunia juga saham di akhirat. InsyaAllah.

p/s: tiada foto yang menarik kerana adik saya pinjam kamera. (tertekan tanpa kamera)

2 comments:

Nursyuhada M.Zulkifli said...

haha..'neraka dunia'?
an x nafikan.
tp erk..sian skola tu dapat plajar cm kte..waa..memori lama usah dikenang slaloo.Huhu

Nurkasih said...

over plak neraka tu ek..
sori2 syu, mesti nti terasa kan
ana tukar kpd 'penjara lah'

Followers