Jika Anda Muslim Wajib Baca..

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya sekadar memanjangkan email yang saya terima beberapa minggu yang lalu. Diingatkan bahawa bukan saya yang mengarang artikel ini. Jika terdapat percanggahan dengan realiti, saya memohon maaf seikhlasnya dari hati nurani ini,tetapi jika ada yang masih tidak berpuas hati, boleh lah menyaman Encik Syahrizal ye. Tapikan, memandangkan situasi di Malaysia yang masih tidak aman politiknya, maka tidak mustahil seluruh isi Malaysia ini terjejas segala sistemnya termasuklah ekonomi umat Islam sendiri terutamanya dalam memilih makanan yang halal dan berkualiti. Jangan sesekali dilupakan slogan ini, Mencari Yang Halal Itu Fardhu. Fardhu pula boleh dikategorikan kepada dua bahagian, Fardhu 'Ain dan Fardhu Kifayah.

Fardhu 'Ain atau dikenali juga dengan wajib ‘aini ditakrifkan sebagai perbuatan yang wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang mukallaf seperti sembahyang lima waktu dan sebagainya manakala fardhu kifayah pula ditafsirkan sebagai 'perbuatan yang wajib dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan anggota masyarakat Islam, tanpa melihat siapa yang mengerjakannya. Apabila telah dilakukan maka hilanglah tuntutan kewajipan itu terhadap orang lain(jadi ustazah pula). Maka dengan ini, mencari yang halal pastinya menjadi fardhu 'ain kerana dalam ayat yang mudah, takkanlah kita dibenarkan atau nak ambil dari sumber yang haram untuk tubuh kita disebabkan dah ada orang lain yang mengambil yang halal? Jika ada yang bersikap begini, bolehlah hubungi saya untuk memperbaiki mentaliti ini ye. Kita teruskan dengan email yang ingin saya kongsi..

Klik Sini.. (maaflah kena download pulak)

p/s: doakan saya selamat menjawab peperiksaan Aqidatul Islamiah khamis ni ye..susah sangat..=')

Comments

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung