Wednesday, June 24, 2009

Kehidupan Adalah Rahsia Terbuka- Rahsia Kedua- Pilihlah Lorong Kehidupan Dengan Tepat

بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa hari yang lepas saya terpujuk dengan bicara seorang teman yang mengatakan bahawa kehidupan ini adalah game. Sungguh, hati ini benar-benar terpujuk dengan kata-kata beliau bahawa kehidupan ini diibaratkan seperti permainan yang kalian main di komputer seperti Counter Strike, Mafia War, Street Fighter mahupun Need For Speed Underground ( ni yang paling aku suka) dan banyak lagi. Pasti kalian pernah merasakan kejatuhan di dalam hidup, selepas itu terjatuh lagi, bahkan kemudian tetap jatuh lagi. Saya sendiri pernah melalui peringkat ini yang sarat dengan penderitaan jiwa. Namun begitu, anggaplah kejatuhan yang belum berakhir ini sebagai satu level di dalam game yang kalian main di mana kita sentiasa akan mengulang-ngulang level ini untuk melepasi ke level seterusnya. Tidak salah untuk berada di level yang sama untuk tempoh masa yang begitu lama tetapi siapa yang tidak mahu menang di dalam permainan? Begitu jualah hidup kita. Terima kasih kepada insan ini yang telah mengembalikan motivasi buat diri saya yang seakan terkubur sejak kebelakangan ini.



Saya teruskan dengan rahsia kehidupan yang kedua. ( Terhenti sebentar). Sebenarnya,segan benar untuk bercerita mengenai rahsia yang kedua ini kerana persoalan yang berbangkit adalah ‘Adakah anda ingin mengahwini diri anda sendiri?’. Tajuk ini hakikatnya memang menarik, tetapi akan terasa sedikit memalukan apabila memikirkan sikap diri sendiri yang masih banyak tidak terurus. Maka, mahukah kalian mengahwini diri kalian sendiri? Sesungguhnya, jika saya diberi pilihan untuk mengahwini diri saya sendiri, pasti saya juga menolak kerana terlalu banyak kekurangan dan kelemahan yang ada. Fitrah manusia inginkan yang sempurna. Tetapi kita manusia, walaupun sedar dengan kelemahan masing-masing, tetap mempunyai perasaan untuk mencintai dan dincintai. Mengapa ya? Macam tak sedar diri pun ada..




Tidak salah untuk menikmati perasaan cinta yang Allah kurniakan buat hambaNya ini tetapi seharusnya kita juga harus memperbaiki diri agar dua perkara ini bergerak seiring dalam kehidupan kita. Sikap buruk kita, jika bukan kita yang mengubahnya, siapa lagi yang akan mengubahnya? Jika kita pernah melakukan kesalahan besar di dalam hidup, jangan jadikan ia sebagai titik hitam yang menggangu perjalanan hidup kita yang masih terlalu panjang.

Mari saya kongsikan dengan kalian sebuah analogi kehidupan yang sangat berharga.

Babak 1
Saya berjalan di sebuah lorong, kemudian saya terjatuh di dalam sebuah lubang yang berada di tengah-tengah lorong. Saya perlukan masa yang begitu lama untuk keluar darinya. Sepatutnya tidak jadi begini kerana bukan salah saya untuk terjatuh ke dalam lubang tersebut.

Babak 2
Saya berjalan di lorong yang sama. Saya terjatuh di dalam lubang yan sama. Saya mengambil masa yang sangat lama juga untuk keluar dari lubang tersebut. Kali ini adalah salah saya.

Babak 3
Saya berjalan di lorong yang sama dan saya terjatuh di dalam lubang yang sama. Ini sudah menjadi tabiat saya pula terjatuh ke dalam lubang yang sama. Ini ternyata salah saya kerana menjerumuskan diri ke dalam lubang tersebut. Saya keluar dari lubang tersebut secepat mungkin.

Babak 4
Saya berjalan di lorong yang sama dan hanya sekadar memandang lubang tersebut. Saya berjalan mengelilingi lubang tersebut.

Babak 5
Saya melalui lorong yang lain. Bukan lagi lorong yang sama.

Cerita ini membuatkan saya terfikir beberapa perkara yang sudah saya tempuh di dalam hidup saya. Berapa banyak kali kita perlu jatuh di dalam lubang yang sama sedangkan kita mempunyai pilihan lain untuk melalui lorong yang lain? Dua kali? 7 kali? Atau selama-lamanya? Maka saya adalah seorang yang bodoh, gila dan tidak pandai jika saya melalui lorong yang sama berkali-kali dan berterusan jatuh di dalam lubang yang sama.

Buat sahabat-sahabat saya, fikirlah kita sekarang di babak yang mana? Adakah kalian masih di lorong yang sama dan kerap kali melukakan diri sendiri? Mengapa kita masih menjatuhkan diri di dalam lubang yang sama? Adakah begitu susah kita sekadar mengelilingi lubang tersebut tanpa memasuki atau jatuh di dalamnya atau yang terbaik kita melalui lorong yang lain?

Begitulah serba sedikit yang ingin saya kongsikan.. Hakikatnya, diri saya ini terlalu hina untuk menyampaikan sesuatu yang berharga buat sahabat-sahabat tetapi saya tidak mampu untuk menahan diri untuk dikongsi bersama kalian. Hidup ini adalah satu perkongsian. Kekayaan untuk dikongsi, cinta dan kasih sayang untuk dikongsi, apatah lagi ilmu yang tidak sampai satu baldi dakwatnya ini untuk dikongsi.

Terima kasih saya ucapkan buat sahabat-sahabat yang memahami diri saya, jatuh bangunnya saya kalian sentiasa di sisi. Buat umi dan ayah, punca bermulanya kehidupan saya, begitu besar jasa kalian terhadap anak ini. Juga buat Nurkasihku yang terlalu banyak mengajar saya seribu satu perasaan.. Terlalu banyak.. Saya sayang Maisarah.. (tiba-tiba je)( big laugh).

1 comment:

adilahbintihamzah said...

x bestnya....dia ikut blog ni...

Followers