Wednesday, June 17, 2009

Sahabat, Ke Mana Kita Akhirnya...?

بسم الله الرحمن الرحيم

sila abaikan tisu yang bergelimpangan di atas meja

Tajuk yang begitu bermakna ini asalnya ingin sekali saya luahkan melalui cerpen, tetapi minda menukar idea, seringkali cerpen ditangguh-tangguh maka ia ditakdirkan untuk posting kali ini.

Pertama-tamanya, diri ini menyusun sepuluh jari memohon maaf dari pangkal rambut hingga ke hujung jari ibu kaki kepada sahabat-sahabat tersayang Naemah binti Musa, Madihah Mohd Khir, Nurul Hidayah Ibrahim, Nur Hazirah Zainudin, Norhudatul Husna Ramli, Siti Hanisah Yusoff, Maisarah Mohamed Rafie dan Nursyuhada M. Zulkifli (jika ada kesalahan ejaan pada nama boleh bincang semula) atas keterlanjuran diri ini selepas hampir sebulan kita hidup bersama.


Bukan persahabatan namanya andai tiada pergolakan, bukanlah persahabatan namanya andai sunyi daripada kasih sayang, ribut yang melanda, taufan yang mendatang, hadapilah dengan tenang, sandarkanlah pada kenangan. Akan saya tangguk ibrah yang Allah sediakan buat kita dalam kehidupan bersahabat ini. Sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi suami isteri (kalau tiada kaitan boleh abaikan). Sesungguhnya sedikit pun saya tidak berniat untuk melukakan hati kalian.

Bagi saya, seorang sahabat memiliki makna tiga perkara, membahagiakan, menggembirakan dan menyenangkan. Jika kehidupan selalu silih berganti datangnya kebahagiaan dan penderitaan namun seorang sahabat hadir dalam bentuk tiga perkara diatas sehingga kehadiran sahabat saling memuliakan membuat hidup ini menjadi indah.

-


Sahabat adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi. Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita suburkan dengan penuh rasa terima kasih. Dan dialah naungan dan pelindung kita. Kerana kita menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa memerlukan kedamaian. Saya sangat berharap persahabatan yang sentiasa dihiasi gelak ketawa ini bukan sahaja bergembira sepanjang masa tetapi saling nasihat menasihati, ingat mengingati, andai saya tersasar (memang pernah), tegurlah kelemahan saya, dan jika ada silapnya kalian di mata saya, izinkan saya membaiki kekurangan kalian kerana kita adalah manusia, makhluk yang seringkali alpa. Andai kalian ingin memasuki syurga, jangan sesekali meninggalkan saya di belakang tanpa ada yang menuntun saya untuk menikmati kenikmatan abadi itu bersama. Begitu juga saya, pasti saya takkan pernah meninggalkan kalian berada selain tempat yang bernama syurga..InsyaAllah..

Mohon ampun atas bingkisan yang penuh hina ini.

p/s: Ini adalah artikel percubaan untuk dihantar ke Unit Karyawan Negara.. Jangan terlalu diambil pusing.. =)

3 comments:

Anonymous said...

Sahabat yg beriman ibarat mentari yang menyinar, Sahabat yg setia bagai pewangi yg mengharumkan, Sahabat yg sejati menjadi pendorong impian, Sahabat berhati Mulia membawa kita ke jalan Allah..

..aYaM gOrENg.. said...

2 DILA..
walau momentum hidrogen pecah sxpon walau sejitu mana ikatan H2O setiaku padamu sbg shbt tiada sisihan relatif bersifat kenyal..bak ikatan kovalen, walau terdapat agen penurunan,tiada berlakunya pengoksidaan,tiada yg dpt memisahkan kita ibarat ikatan zarah dlm pepejal..tiada perpisahan walau dkenakan haba..malah yg berlaku hanyalah getaran yg menguatkan ikatan kita utk slamanya...insyALLAH...

Nurkasih said...

sy syg naem....(",)

Followers