Apa Kes?

بسم الله الرحمن الرحيم
Selepas kuliah hari ini, sempat saya menyinggah di kedai runcit yang terletak di Pusat Kemudahan Pelajar. Membelek-belek suratkhabar yang kebanyakan bercerita mengenai politik. Jika berbicara pasal politik Malaysia, sampai bila-bila tiada penghujung sehinggalah 'orang berkenaan' mengaku salah atau menyaman 11 buah akhbar luar negara yang 'memfitnah beliau'. Tuan Guru Haji Abdul Hadi telah pun selamat menyaman sebuah akhbar luar negara yang menuduh beliau merupakan salah seorang kumpulan Al-Qaeda. Tidak elok berdiam diri sahaja tanpa membersihkan nama yang dicemari. Kita rakyat yang hidup tiada ketenangan balasan kepada pemimpin yang zalim. Malas nak komen panjang lagi.

Ini adalah keratan suratkhabar hari ini.

Bagaimanalah ibadah kemuncak bagi umat islam boleh dicemari babi? Fikirlah kesannnya bagaimana penerimaan Allah terhadap doa hamba-hambaNya. Inilah akibatnya jika ekonomi kita dikuasai oleh orang bukan Islam. Sampai bila? Jangan sia-siakan ibadah kemuncak kita hanya kerana disebabkan babi.

Comments

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung