Kasih Tak Bersyarat

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, hampir 2 minggu lamanya saya berehat daripada melakukan sebarang kerja dek kerana virus denggi menyerang. Hampir 20 tahun hidup di muka bumi ini, inilah demam yang paling meletihkan, terlalu memenatkan kerana kehilangan tenaga secara sepenuhnya apabila seminggu memang tak ada selera langsung untuk menjamah makanan. Berat badan yang sememangnya dah lama turun, terpaksa turun lagi. Itulah hakikatnya, kepada sahabat-sahabat yang rasa nak kurus bolehlah..

Walaupun begitu, ujian sakit kali ini benar-benar mengajar kasih sayang seorang ibu. Aku sama sekali tidak pernah diajar untuk menikmati kasih sayang secara dipeluk atau diusap-usap apabila berjaya atau dipujuk jika gagal melakukan sesuatu, hanya ucapan tahniah sebagai peransang buat ku simpan di masa hadapan, tetapi demam kali ini, aku begitu tersentuh dengan kebaikan umi yang selama ini macamana lah aku boleh tak perasan.

Hari kedua aku demam, aku terbaring kelesuan, umi lah menyuakan makanan, memberi minuman. Umi kalau bab minum air ni, sempat lagi dia tunjukkan keratan akhbar ' minum 10 gelas sehari'. Aku memang tak boleh nak menyangkal lagi walaupun hakikatnya aku yang belajar undang-undang tapi kalau nak berhujah dengan umi, memang selalu dia menang kes. Itulah ibu kan, sepuluh dia cakap, belum tentu ada yang salah, kalau kita cakap belum tentu semua betul. Terima kasih banyak-banyak buat umi tercinta( walaupun masih malu nak melafazkan) kerana bersusah payah menjaga aku sejak merah tapak kaki sampailah sekarang, sampai pandai melawan.

Hari ketiga, aku dah mula terhuyu-hayang, betapa seriusnya demam sampai nak berdiri pun tak mampu, rasa nak tumbang. Umi jugak tempat aku berpaut….. Sampailah hari yang ke berapa, dah tak ingat, aku muntah-muntah, ayah terus bawa ke Hospital Kajang dan aku dimasukkan ke wad serta merta beserta tangan yang dicucuk untuk dimasukkan air dengan bilangan yang bergelen-gelen. MasyaAllah,seksa…dengan doktor yang setiap jam nak ambil darah, terpaksalah aku buat-buat redha sedangkan hati rasa nak lempang-lempang. Memanglah jarum tu halus tapi sakit jugak.

Masa ayah nak tinggalkan aku di wad, tiba-tiba je rasa nak menangis tapi aku terkebil-kebil nak tahan air mata daripada keluar. Malulah kan,dah tua-tua kena tinggal nak menangis jugak padahal kena tinggal kat asrama dah biasa, wad ni lain macam sikit. Mulalah fikiran tu nak buat kerja jahat, rasa nak lari je biar padan muka doktor dan nurse kat situ. 3 hari di wad adalah suatu kehidupan yang sangat membosankan, bertambah sakit adalah sebab asyik tidur je.. Hari kedua, aku hantar mesej kat umi

"umi x dtg ke?"

" datang…jap lg..

Huh,mujur datang. Dah bergenang dah air mata ni., Petang tu jugak,Syu call aku, katanya nak datang. Lama aku tunggu, ingatkan tak datang dah. Tiba-tiba umi ayah sampai. Abangah datang sekali. Abangah sunyi sebab isteri dia pergi umrah. Aku makan bubur yang umi masak. Masa tengah paksa bubur masuk mulut, sampailah Syu, Sarah dan Hanisah yang seperti tak tahu apa-apa. Masa tu jugak air mata ni tak mampu lagi ku tahan. Terharu, gembira semuanya berbaur sebab aku rasa bahagia sangat nampak wajah-wajah yang aku sayang depan mata. Sunyi yang baru nak bertandang serta merta hilang. Syukur. Alhamdulillah..Ayah pulak sempat lagi bergurau dia bawak kamera aku suruh bergambar time sakit. Buat kenangan kata dia. Nak melalak je rasanya. Taulah aku ni kuat bergambar.Em, dah jadi luahan perasaan pulak. Hari ini, aku dah sihat sepenuhnya cuma tenaga je tak berapa kuat lagi. Buat tu lenguh, buat ni lenguh.. Apapun, aku bersyukur sangat-sangat dikurniakan insan-insan yang menyanyangi aku tanpa syarat. Kalau nak tau orang sayang kita ke tak, cubalah sakit sekali..hehe..wassalam..

p/s: terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sketsa kehidupanku yang tak seberapa ini. Sesungguhnya doa kalian yang tak putus-putus itulah yang banyak membantu.

Comments

This comment has been removed by the author.
Durratul Akhyar said…
nti! syafakillah!

asif..ana tatau pn nti msk hospital n dpt demam denggi..ana doakan mga nti chat pasni..xpela..ada hikmah Allah nk tunjuk tu..ujian sbg kaffarah dosa dan tarbiah dr Allah..jgn sia-siakan!

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung