Cinta dan Sayang

Cinta.Sayang. Jelas perbezaan ejaan perkataannya. Adakah maknanya membawa perbezaan juga? Lama aku mencari kelainan antara dua perasaan istimewa ini. Jika aku sayangkan seseorang, adakah aku mencintainya? Jika aku mencintai seseorang, adakah aku menyanyanginya? Pada aku, aku mencintainya, maka aku menyayanginya sepenuh hati, tetapi jika aku menyayanginya, belum tentu cinta aku milik dia.. Dari cinta, terbitnya rasa kasihanku untuk memastikan setiap waktunya masih terpelihara.

Selalu aku terfikir, ibu yang sudah beranak tiga masihkan mencintai suaminya? Bangun pagi, anak yang diterkam dahulu, suami bukan lagi nombor satu. Seringkali aku terfikir, masihkah ada cinta antara pasangan suami isteri yang sudah berusia? Jawapannya tidak, hanya kasih sayang yang bergelar rahmah menghiasi rumah tangga mereka. Pasangan yang bercinta, selepas berkahwin, berlaku pergaduhan boleh menyebabkan permusuhan. Cinta tiada lagi. Dimanakah cinta? Apakah cinta? Jika aku katakan cinta adalah nafsu, bersetujukah kalian. Aku sesungguhnya sangat bersetuju. Cinta itu adalah nafsu, sayang itu lah yang akan kekal dalam sesebuah perhubungan. Cinta Allah itulah yang hakiki.

p/s: Meninggalkan Semenyih dalam masa beberapa minit sahaja lagi untuk menikmati keriangan bumi Melaka. Bermulalah tugasku untuk taja menaja. huhu~

Comments

Pija Madzlan said…
mm....ni yg nk tumpang konpius jugak...
adele said…
konpiuslah kak..fikir2kan...huhu..

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung