Kes syariah YB Datuk Bung Mokhtar menurut pandangan Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Saya amat bersimpati dengan apa yang menimpa YB Datuk Bung Mokhtar. Inilah bagi saya undang-undang yang ‘caca-merba’ atas nama agama.

Seseorang yang berkahwin dengan proses yang halal diambil tindakan hanya kerana dia berpoligami. Dalam masa yang sama, kita boleh melihat berbagai filem dan aktiviti seni yang berpelukan dan bermesraan atas pentas, ditonton ramai tidak pernah diambil tindakan.

Jika pun pihak Jabatan Agama ingin membendung salahlaku atau salahguna poligami, buatlah peruntukan undang-undang yang tegas kepada suami yang berpoligami tetapi tidak menjalankan tanggungjawab. Bukan undang-undang mengambil tindakan hanya kerana seseorang itu berpoligami.

Undang-undang menyanggahi ruh Islam yang luas dalam masalah ini. Soal keadilan tidak boleh dinilai di sudut tertentu semata sebelum perkahwinan. Entah berapa ramai lelaki yang kononnya layak berpoligami kemudian tidak adil.

Untuk membendung ketidakadilan poligami bukan dengan menghalang poligami. Itu hanya meningkatkan maksiat semata. Sebaliknya, untuk menghalangnya ialah dengan diketatkan undang-undang di sudut keadilan antara isteri kepada suami yang berpoligami. Malanglah, jika yang berkahwin diambil tindakan, tetapi ‘ada yang ternama tidak berkahwin’ bebas dengan pasangannya yang ternama.

Persoalan yang patut difikirkan, adakah undang-undang yang seperti ini boleh dinamakan sebagai undang-undang syariah? Saya bersimpati dengan YB Datuk Bung Mokhtar dan isterinya dalam kes ini.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Pendapat saya pulak (mentang-mentanglah baru lepas belajar undang-undang kekeluargaan..hik2)

According to Islamic scholar:

Shaik Mohammed Abduh commented from the Quranic verse on polygamy and said that there are 2 conditions to be fulfilled:

1. A man should content himself with a single wife if he feared that he might be unjust in distributing his favours.

Seorang lelaki haruslah berpuas hati dengan seorang isterinya jika takut tidak adil dalam menunaikan hak sebagai seorang suami terhadap isteri-isterinya. Maknanya di sini, kalau lelaki rasa nak poligami disebabkan nafsu semata-mata ( tanda-tanda lelaki kahwin kerana nafsu ialah isteri muda adalah muda dari isteri tua dan lebih cantik berbanding isteri tua) tetapi tidak dapat berlaku adil kepada isteri-isterinya,simpanlah hasrat untuk berkahwin lain atau berkahwinlah satu lagi dalam mimpi saja. Jika dilihat pada situasi Mr Bung Mokhtar ni, memanglah dia mampu dari segi harta dan nafkah zahir batin,Datuk pulak tu, kita anggap yang dia akan adil terhadap isteri-isterinya. Bila tak adil terhadap isteri barulah wajar dia dihukum atas ketidakadilannya itu..


2. A man must maintain a position to support a plurality of wives in addition to fulfilling his existing family responsibilities.

Seorang lelaki seharusnya mampu untuk menyara isteri-isteri disamping tanggungan-tanggungan yang lain. Jika dilihat pada situasi Mr Bung, sememangnya dia adalah lelaki yang sangat layak untuk berpoligami kerana kemewahannya pasti boleh menyara seluruh tanggungan di bawahnya. Islam tak melarang poligami tetapi lelaki seharusnya sedar diri samada layak atau tidak untuk memoligami. Jika disebabkan poligami hancurnya institusi kekeluargaan,lebih baik tak payah.. Jika disebabkan poligami hancur remuknya perasaan isteri pertama sehingga menyebabkan sakit mental pun tak boleh jugak..

Ini hanya satu pendapat dari Ulama' besar Islam, tak larat nak berhujah lagi.. Fikir-fikirkanlah akan keindahan undang-undang yang Allah ciptakan untuk kaum lelaki.. Jangan sesekali disalahguna.. Tetapi dalam hal Mr Bung Mokhtar ni,rasa-rasanya tak disalahgunakan..malah sangat kasihan kerana didenda kerana memoligami sedangkan dia sangat mampu..

Hadith Rasulullah Sallahu 'Alaihi Wasallam:

Prophet did not allow his son-in-law Saidina Ali ibn Abi Talib to marry another woman: “unless and until Ali ibn Talib divorces my daughter (Fatimah) for surely she is part of me and what troubles and agitates her trouble and agitates me too; and what harm befalls her befalls me too” [Sunan ibn Majah]

Sedangkan Rasulullah tidak membenarkan Saidina Ali untuk berkahwin satu lagi melainkan menceraikan Fatimah.. Sedangkan Rasulullah adalah lelaki lebih memahami perasaan seorang wanita.. Lelaki hari ini, fahamilah perasaan wanita.. Jangan dilukai hatinya.. ( Aku menyokong Dato' Bung Mokhtar dan juga isteri pertamanya)

Comments

tidaktahu said…
PolygaMous? siNgle wiFe? various 'wife'? Think proper not 'caca-merba' :)
adilah said…
nice quotes...think proper b4 do caca-merba.. :)
Bungka said…
Adilah, don't simply quote people.

And by the way, what's your stance? Are you supporting Bong Mokhtar and his polygamy, or you're supporting him to only have single wife and a concubine?
adilah said…
saya rasa dah jelas apa yg sy terangkan di atas..sila baca sekali lg ye utk memahami pendirian sy..saya bersetuju poligami jika lelaki mampu adil dan tak bersetuju jika lelaki tidak adil..kesimpulannya..anda pasti faham.. :)

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung