Wednesday, May 12, 2010

Vatican - Siri 6

Dialog Temubual (Bahagian 2/3):

(jiran bru saja pulang selepas mendapat undangan dari gereja st.peter basilica, Vatican kerana ada urusan penting dan mesyuarat dgn 2500 orang bishop di suatu tempat yg dia enggan bg tau aku kt ne..)

Aku ; apasal pak cik nampak sibuk je…selalu outstation je,buat apa…orang Islam pegi Haji.Mekah…pak cik pegi Vatican pulak,Vatican ada buat haji jugak ke ?(aku rasa macam nak ketawa…haha,saja je perli dia)

Bishop ; bagaimanakah kamu boleh ketawakan saya padahal setahun dua ini adalah haji yg terakhir bagi umat islam…kamu sudah berkahwin?

Aku; belum lagi…kenapa pak cik tanya? (ada hati nak tanya padahal dia dah tua nak mampos tapi tak kawin2)

Bishop ;…skrng ini adalah keturunan islam yg terakhir melansungkan perkahwinan…
jika kamu tidak berumah tangga dlm masa setahun dua ini,kamu akn menyesal seumur hidup…tidak ada lagi kesempatan untuk berumah tangga apabila Paus Roman Peter ii dilepaskan dari rantai yg mengikatnya sejak sekian lama….umat islam sendiri yg membuatkan rantai itu terputus…

Aku ; ni apasal pulak yang terakhir haji la,kawin la….sapa Paus Roman Peter ii tu..
yang terakhir jugak ke….

Bishop ; akan sampai masanya kami akan tanggalkan pakaian kami,kami tidak lagi perlukan semua ini…kami pula yg akan menuntut segala hutang2 budi yang manusia ambil dari kami,sedangkan selama 1000 tahun kami bersabar kami tidak ambil sedikitpun nikmat kehidupan dari kamu,malah hanya cukup-cukup saja makan minum untuk jasad kami…..sekarang kamu akan membayar harga “dunia” yg kami binakan untuk kamu…….Paus benedict xvi sudah hampir selesai pekerjaannya…sedikit lagi masa sebelum Vatican melepaskan “Penghulu Segala Paus”…ya.. Paus Roman Peter ii …dia adalah Paus yg paling hebat,Paus yg paling agung,Paus yg terakhir sebelum hari pengadilan (hari kiamat)….dia akn menunggu Muhammad ke-2 (Al-Masih Mahdi) datang….habislah Muhamad ke-2 (Al-Masih Mahdi)nanti…

Aku; sungguh misteri orang2 pak cik ni…kami Islam percaya yang Nabi Isa a.s akan berpihak kepada Al-Masih Mahdi …padahal orang2 pak cik adalah pengikut Nabi Isa,siapakah sebenarnya gereja sehingga Nabi Isa sendiri tidak berpihak kepada kristian….macamana dengan Paus?..apa kedudukan dia apabila Nabi Isa turun ke dunia nanti?

jiran tidak menjawab sepatah haram pun,dia hanya membisu dgn senyuman sinis.Ini adalah bahagian yang paling menarik perhatian saya dan banyak pertanyaan saya sebelum ini yang kabur-kabur terjawab. Perhatikan kata-kata Bishop tersebut.

"tidak ada lagi kesempatan untuk berumah tangga apabila Paus Roman Peter ii dilepaskan dari rantai yg mengikatnya sejak sekian lama….umat islam sendiri yg membuatkan rantai itu terputus…"

Rantai yang mengikatnya?Tidakkah anda perasan bahawa ada juga makhluk Allah yang telah dirantai sekian lama. Ya…….dialah yang orang-orang Islam namakan sebagai Al-Masih DAJJAL !

Sabda Rasullulah:

Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama.Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah” Rekod Hadis Sahih Muslim

Adakah mungkin Paus Roman Peter ii ini adalah Al-Masih DAJJAL ? Saya pernah mengadakan perbincangan dengan seorang pengkaji,beliau mengatakan umat Kristian percaya bahawa Paus Roman Peter ii inilah yang akan menyelamatkan mereka dari Antichrist = Al-Masih DAJJAL.

Tetapi pada pendapat saya,mungkin Paus Roman Peter ii adalah Al-Masih DAJJAL.Umat Kristian akan terus sesat dan disesatkan oleh Paus Roman Peter ii ini.Jika benar Paus Roman Peter ii adalah Al-Masih DAJJAL,maka dia akan perintah dunia melalui Baitul Muqaddis = Jurusalem sepertimana dalam ceramah Maulana Imran N. Hosein.

Jika seseorang itu menjadi Pope,sudah pastilah pusat pemerintahannya akan berpusat di Vatican,bukan Baitul Muqaddis = Jurusalem.Macam mana ini?Sebelum ini saya ada mendengar desas desus yang mengatakan pemerintahan Vatican akan berpindah ke Jurusalem tidak lama lagi,tetapi masa itu saya tidak tahu apa tujuan pemerintahan Pope dipindahkan ke Baitul Muqaddis = Jurusalem. Sekarang saya sudah dapat mengetahui kenapa perlu Vatican berpindah ke Baitul Muqaddis = Jurusalem. Ini kerana masanya sudah hampir dan The Last Pope akan dilantik dan memerintah dari sana! Paus Roman Peter ii itu kemungkinan besar adalah Al-Masih DAJJAL,kerana dia akan memerintah dari Baitul Muqaddis = Jurusalem dan dirantai sejak sekian lama.

The Bible apparently indicates that very near the end of time,the Pope will actually quit Rome,and move to Jerusalem,in order to exercise control over the glorious holy mountain of God,which is the explicit stated goal of Satan.

Mungkin sesetengah penganut Kristian mengangap Vatican akan menyelamatkan mereka dari Antichrist.

Tunggu dulu,perhatikan lambang salib di belakang Pope dalam gambar di bawah.Salib Terbalik yang melambangkan Antichrist = Al-Masih DAJJAL itu sendiri!


Aku; tadi pak cik cakap pekerjaan Paus benedict xvi dah nak selesai..apa yang dia dah buat?…kenapa ada orang ganti dia…apasal tak terus lead sampai kiamat jer?

Bishop ; paus sudah tua,jasad manusia ada usia tetapi jiwa tiada usia,jiwa boleh diserahkan pada jasad yg masih hidup….tiada masalah bagi mana2 paus,jika jasad mereka mati,jiwa mereka akan disambung oleh Paus yg seterusnya Paus Pius xii yg terdahulu telah melahirkan seorang hamba “hamba yg telah diberikan oleh Paus 1 kuasa yg akan menemui sesiapa sahaja” seseorang hamba yg akan menemui kamu tanpa jasad Paus di depan kamu,hamba ini akan pergi ke setiap manusia yg bernyawa …ya…begitu pantas ia datang apabila bayi-bayi baru saja keluar dari rahim ibunya,selepas itu hamba ini akan mengikut sehingga sejauh mana usia bayi2 itu …dan hamba ini buta,ia tidak mempunyai rupa,ia juga tidak mempunyai nama….

Aku; siapa hamba yang Paus Pius xii lahirkan tu?…ni pasal orang ke apa?

Bishop ; Paus Pius xii pernah berkata “siapakah jasad tanpa jiwa dan siapakah jiwa tanpa jasad” pekerjaan para Paus telah membuatkan lidah2 manusia berkata “pecah dan perintah”…“pecah dan perintah”… telah diajar kpd kamu dengan perbezaan warna kulit,
padahal kami menghasilkan ianya lebih halus lagi…… “pecah dan perintah”… ke atas warna kulit kamu sudah dilakukan dengan meletakkan suatu kaum di suatu wilayah yg kamu kata ia “negara”…selepas itu “pecah dan perintah”… ke atas hati –hati kamu pula…sungguh menakjubkan sehingga hari ini kamu masih memahami ia sebagai perbezaan warna kulit.selain sahabat2 Nabi Muhammad,hanya kami sahaja yang mengerti apa itu “demi tuhan yang jiwa Muhamad di tangan-Nya” sekarang ini ia telah menjadi “demi tuhan yang jiwa2 manusia di tangan Paus” Nabi Muhamad sungguh bijaksana..Nabi Muhamamd hanya membenarkan wujud hubungan tuhan dan makhulknya,rasul dan umatnya, raja dan rakyatnya,ibubapa dan anaknya…tidak wujud hubungan lain..kami telah mewujudkan pelbagai hubungan manusia dgn watak kehidupan palsu,contohnya sebuah perniagaan yang perlu ada orang yang bernama pengarah,timbalan,setiausaha,eksekutif dan lain-lain…perbezaan watak inilah yang akan “pecah dan perintah”… hati-hati kamu..bodoh benar org2 islam,tidakkah mereka terfikir mengapa watak2 ini tidak wujud semasa zaman Nabi Muhamad dahulu ???….dan kamu juga diajar supaya merasa diri sbg kaum yg bodoh,sekiranya tidak wujud semua watak2 itu dalam kehidupan kamu…

Aku; nanti kejap pak cik….dakah ini yang dikatakan “hamba” Paus …takda sebarang symbol pun seperti sebelum ni….

Bishop ; ada….para paus telah menamakan “hamba” sebagai “Benedictine Order”
ya.. Benedictine Order ….ia sangat persis untuk mengetahui jiwa2 manusia sama ada mereka akan menyembah tuhan Nabi Muhammad atau menyembah Lucifer ~ Iblis..

Aku; la…ingatkn org tadi…benedictine order…order…adakah ia suatu seperti peraturan atau undang2??

Bishop ; Benedictine Order adalah segala perkara di dunia ini yang tertulis di atas kertas,Kemudian kamu akan mengatakan ia sebagai ilmu,maka terjadilah diri kamu seperti hari ini…Bukan mudah nak membuatkan kamu menerima ia sebagai ilmu…

Aku; kenapa pak cik perlu buatkan kami menerima ia sebgai ilmu?

Bishop ; sebab ilmu itu sebenarnya adalah undang-undang….Ilmu adalah undang2 untuk jiwa kamu,dan undang-undang bertulis yg ada di dunia ini masih lg sbg undang2 tetapi ia untuk jasad kamu.contohnya ilmu “sains”..knp ia diajar kpd kamu dalam bentuk ia sbg ilmu???…dan bukan ia diajar dalam bentuk undang2???……sudah pasti kamu tidak mahu belajar sebab kamu akan lihat ia sebagai suatu paksaan..para Paus telah amanahkan “Benedictine Order” ini kepada United Nation (UN)…


Aku; UNITED NATION (UN)!!!…PERSATUAN BANGSA-BANGSA BERSATU !!!!!…….gila ke apa dunia ni???mengarut lah pak cik PBB kn selalu buat kebajikan,tolong negara miskin dan jadi rujukan mana2 masalah negara2 dunia ni….pak cik jangan cakap sembarangan..

Bishop ; “Benedictine Order is symbolize by the olive wheat and grain”…dan kamu lihat UN menggunakan simbol Benedictine ….. dan para Paus telah membina perjuangan yang akan diselesaikan oleh Paus yang akan datang…..

(perasan jugak aku yang logo PBB tuh memang ada symbol Benedictine …planet bumi dekat dalam,diluarnya ada symbol mengelilingi bumi tu macam padi,bentuk gandum pun ada,macam daun zaitun pun ada…tapi ada 2, kanan dan kiri)

Saya tahu apabila kamu mendengar united nation…di fikiran kamu akan terbayang suatu kuasa besar… dari sebesar-besar undang2 sehingga sekecil-kecil undang2 dilaksanakan,pertama kali Benedictine Order dtg kpd kamu apabila kamu lahir saja, kena daftar sijil lahir,sehinggalah kamu mati kena daftar sijil mati..maka Benedictine Order terpisah dari kamu….tidak kiralah…undang2 jenayah,undang2 ekonomi,undang2 jalan raya sekalipun…apa sahaja di dunia ini yang namanya undang-undang ia adalah Benedictine Order.

( Berdebar aku membaca perenggan kat atas ni..aku ambil syariah dan undang-undang civil..berkat ke tak pelajaran aku ni..- adilah)

Aku; ah….tak mungkin la pak cik…bukan ke setiap negara ada peruntukan dan menggubal undang2 sendiri???..macamana pak cik kata semua undang2 dekat dunia ni milik gereja???

Bishop ;saya tidak menipu kamu…..Lihat saja di mana2 negara sekalipun,pada bendera,
jata,mahkamah,perlembagaan dan apa saja yg seumpamanya mereka semuanya memakai simbol Benedictine ….‘cantus’ dan Benedictine macam adik-beradik,mereka tidak boleh dipisahkan…

Aku; undang-undang untuk jiwa???….kalau Benedictine Order untuk undang2 jasad manusia dah ada symbol pada jata,bendera,perlembagaan semua tu…Benedictine Order untuk undang2 jiwa manusia apa pulak???

Bishop; ini adalah yg berat sekali bagi kamu…katakan lah pada saya yg kamu tidak ingin mengetahuinya..

Aku; tak kisah la hati saya pedih menerimanya..pak cik cakap je la..

Bishop ; Nabi Muhamad dan sahabat2nya tidak membenarkan ilmu, sesuatu yg memberikan harga kepada diri sendiri…maka kami hasilkan perkara2 yg berlawanan dgn Nabi Muhamad dan sahabat2nya setiap perkara yg kamu lalui sehari-harian akan membentuk jiwa2 kamu…semasa kamu kanak2…kamu diajar menggunakan pancaindera…kamu diajar bagaimana sesuatu ilmu itu akan meresap di otak kamu..kamu diajar membaca,menulis,mengira,mewarna, bermain,berlari..selepas itu kamu akan ditanya “bila dah besar nanti nk jadi apa? Apa cita-cita kamu nanti?”…kamu diajar supaya menjawab “bila saya dh besar saya nk jadi doktor,cita-cita saya menjadi peguam..dan sebagainya”…perbezaan jiwa belum wujud tetapi fungsi2 watak sudah kamu fahami selepas itu kamu akan diajar fungsi-fungsi ilmu,bagaimana setiap ilmu akan bertindak mengikut maknanya sendiri…kamu merasa kagum dan percaya ilmu selepas itu kamu akan dipisahkan dengan org lain..kamu diajar untuk menilai “pelajar pandai” dan “pelajar bodoh”….pelajar pandai mendapat pujian,pelajar bodoh dimarahi oleh ibu mereka..ini adalah asas untuk memecah belahkan kamu…tetapi kamu diajar “perpaduan antara kaum”supaya kamu percaya warna kulit menyebabkan perpecahan..Padahal perbezaan ilmu adalah senjata.. ilmu yang berbeza maka pekejaan kamu berbeza… maka berbezalah duit kamu,berbezalah rumah kamu,berbezalah perhiasan kamu,berbezalah maruah kamu….selepas itu kamu diajar “miskin kaya tiada beza sama sahaja”…maka lupalah kamu bagaimana ia bermula pelbagai masalah kehidupan direka,supaya pelbagai penyelesaian dapat direka,pelbagai penyelesaian direka supaya pelbagai ilmu dapat direka,pelbagai ilmu direka supaya pelbagai pekerjaan dapat direka,pelbagai pekerjaan direka supaya pelbagai taraf kehidupan dapat direka,pelbagai taraf kehidupan direka supaya pelbagai jiwa manusia dapat direka,pelbagai jiwa manusia direka supaya pelbagai maruah dapat direka,pelbagai maruah direka supaya pelbagai cara diri mereka akan dibeli …maruah yang akan mengkafirkan semua orang islam,mereka yang kafir sememangnya telah kafir..

(patutla kadang2 aku tgk kat hotel2, orang Islam yang kononnya smart, dengan selamba minum arak, maksudnya diorang ni sebenarnya dah kafir la ye ?)

(kalau yang dah kafir tu memang takde orang peduli pun sebab mereka sememangnya begitu)

(maknanya…….kalau perempuan Islam yang sengaja tak pakai tudung, agak2 tarafnya apa ?)

Aku; peh….!!…teliti betul pekerjaan org2 pak cik,tapikan bagaimana ‘maruah’ boleh mengkafirkan orang2 islam ???.apa buktinya ???bukanya kami takda otak nak menilai macamana sesuatu keadaan itu utk dinilai sebagai kafir…

Bishop ; Benedictine Order telah berkuasa terhadap semua manusia di planet ini,tiada siapa dapat melarikan diri…malah manusia berebut2 memilikinya..mereka sangat menyayangi diri sendiri,malah mereka akan mempertahankan maruah ini dengan apa cara sekalipun…kami x perlu buat apa2 pun..percayalah seperti ‘cantus’…kami juga memberikan pakaian yang indah kepada mereka ini…mereka benar2 sukakannya..malah jika Paus berkata kpd mereka “pakaian ini adalah khidmat kamu kpd ku”…mereka akan menafikannya !!!… bagaimanakah Muhammad ke-2 (Al-Masih Mahdi) dapat menyelamatkan mereka sedangkan Paus sendiri sudah mengatakan kebenaran???

Aku; sedangkan Paus sendiri mengakui cakap macam tu dan dorang tak layan… apatah lagi Al-Masih Mahdi !…dunia betul2 mahu kiamat..apa pakaian yg mereka pakai sampai dahsyat macam ni jadinya ???

Bishop ;….mereka adalah org2 yang memakai.. “tie” itulah simbol “Benedictine Order”..
bukan itu saja..apa saja “pekerjaan manusia yg didatangkan dengan pakaianya” adalah Benedictine Order !!..mereka orang yang kamu kata sbg “golongan profesional”,”kolar putih dan kolar biru,”pakaian formal dan pakaian seragam”…semuanya berkhidmat untuk Benedictine Order lihat saja pakaian pelajar sekolah,doktor,ahli perniagaan..mereka semua sama sahaja..walaupun pakaian diantara mereka berbeza tetapi fungsi mereka sama saja… Benedictine Order mereka semuanya tidak menyedari bahawa mereka sendiri menjayakan Benedictine Order …semua manusia benar2 telah dikuasai gereja..

Aku; pelik bin ajaib!!!….apa yg telah berlaku sehingga berbilion2 orang telah bekhidmat untuk Paus??!!!

Bishop ; dulu dari kampung kamu, Malaysiaada pemimpin kamu yg telah memerintah selama 20 tahun diundang menemui Paus John Paul ii,dan pemimpin kamu telah ditanya tentang pencapaian Benedictine Order di sana Paus John Paul ii sangat gembira dengan pemimpin kamu yg sukakan org2 jepun… ”dasar pandang ke timur”…dia selalu mengulang-ulang ayat ini kpd Paus John Paul ii.sebab itulah mengapa org2 islam sengaja dicabar ilmu ini ilmu itu,mundur ini dan mundur itu,maju ini dan maju itu….
org2 kafir segaja dimajukan supaya org islam tersepit dan membuatkan org2 islam merasa “Benedictine Order” suatu keperluan hidup…org2 islam tidak menyedarinya bahawa mereka bersaing untuk Benedictine Order..saya seorg bishop harus tau kata2 org islam yg terkenal spt “berjaya di dunia dan akhirat”,”menjadi seorg islam yg cemerlang”…semua dirancang supaya ia meyakinkan kamu tanpa kami suruh anda berkata spt itu…

Aku; jadi… Benedictine Order ni sudah berjaya ke belum???….kalau ia sudah berjaya kenapa orang Islam sekarang ni masih mampu mengucap Syahadah ???

Bishop ; sebenarnya ia telah dirancang 1000 tahun dahulu,semasa zaman seorg paderi yg bernama St.Malachy…vatican telah merancang bahawa Paus yang ke-111 akan memikul suatu pekerjaan..Maka Kardinal Joseph Ratzinger semasa ditabalkan sebagai Paus yang ke-111,dia diberi nama “Paus Bendict xvi” Paus terakhir menggunakan nama “benedict”….dia Paus yg akan meraikan kejayaan “Benedictine Order” …kejayaan ini dinamakan sebagai “glory of the olive”…ya….simbol Benedictine ….apa yg islam sedang perjuangkan??……bodoh benar org2 islam…sungguh menakjubkan!!!Pengikut Nabi Muhammad sebodoh ini…..

aku; kalau macam ni la keadaannya…orang2 kafir lagi bodoh sebab diorang lagi maju…tapi pasti ada orang2 islam yang akan lawan Benedictine Order..

Bishop; mahukah kamu tahu mengapa Muhammad ke-2 (Al-Masih Mahdi) akan kelihatan spt org jahat,spt yg saya katakan sebelum ini????sebab dia menentang Benedictine Order !!! ya,setelah umat islam sendiri mengakui bahawa pekerjaan mereka mendatangkan keselesaan hidup dan mereka berkata “ilmu2 ini dari cendekiawan islam dahulu, dan lihatlah kawan2ku inilah nikmat islam” sebab itulah umat islam diumpan supaya mereka mempertahankan ilmu2 ini bahawa ia lahir dari sarjana2 islam….padahal kami telah mengubah suai ilmu ini sebelum penjajah mengajarkannya kpd kamu apabila Paus Roman Peter ii muncul nanti,umat islam akan dituduh oleh org2 kafir bahawa ilmu2 kepunyaan islam lah yg membawa kerosakan kpd diri mereka…..orang2 islam akan dibunuh habis-habisan oleh org kafir..gereja x perlu buat apa pun…adakah orang2 islam yang dikatakan “umat islam cemerlang” akan meniggalkan semua “kecemerlangan” mereka ketika Muhammad ke-2 (Al-Masih Mahdi) datang untuk mencabut kecemerlangan palsu mereka…saya fikir tidak !!!Mereka akan mempertahankan “Benedictine Order”….saya izinkan untuk kamu cerita perkara ini kpd org2 islam…..kamu akan lihat mereka akan berkata kpd kamu “kamu dan cerita kamu semuanya tipu belaka”

Aku ;sapa yang akan kata macam tu pada saya???…

Bishop ; MEREKA SEMUANYA….


Luahan Peribadi:

(Cantus dan Benedictine…macam adik beradik,mereka tidak boleh dipisahkan,apsal dia kata tak boleh dipisahkan ek..lupa pulak aku nk tnya dier)

(seingat aku satu2 nyer pemimpin kita yg prnh jumpa paus john paul ii adalah Dr. Mahathir….ya..sebelum dia letak jawatan,dasar pandang ke timur,20 tahun perintah…dia la…)

(sanggup ke kalau korg bakar sijil,diploma and ijazah kehormat korg???.. Benedictine Order smua tu….)

(takda beza pun klu korang tak pakai tali leher,seluar slack dan kemeja…keje tetapi sama,…tak buat kerja tak dapat gaji,macamana nak bagi anak bini makan?…perangkap maut !!!)

Bahagian ini juga amat menarik.

Sekali lagi Bishop tersebut menyebutkan tentang Pope Roman Peter II yang akan muncul selepas 111th Pope iaitu Pope Benedict sekarang dan tentang Benedictine Order.apabila Paus Roman Peter ii muncul nanti,umat islam akan dituduh oleh org2 kafir bahawa ilmu2 kepunyaan islam lah yg membawa kerosakan kpd diri mereka…..orang2 islam akan dibunuh habis-habisan oleh org kafir..gereja x perlu buat apa pun…


Bishop ; “Benedictine Order is symbolize by the olive wheat and grain”…dan kamu lihat UN menggunakan simbol Benedictine ….. dan para Paus telah membina perjuangan yang akan diselesaikan oleh Paus yang akan datang….

UN

Lambang UN itu sendiri adalah Olive Wheat And Grain.Adakah Bishop ini sengaja mereka cerita tentang UN ini? Oh, tidak. UN adalah antara pelan mereka untuk mewujudkan One World Government tidak lama lagi.

Masih ingat lagi slogan 1 Israel ?

Masih ingat lagi slogan 1 Singapore ?

Masih ingat lagi slogan 1 Malaysia ?


Bishop ; dulu dari kampung kamu, Malaysia ada pemimpin kamu yg telah memerintah selama 20 tahun diundang menemui Paus John Paul ii,dan pemimpin kamu telah ditanya tentang pencapaian Benedictine Order di sana Paus John Paul ii sangat gembira dengan pemimpin kamu yg sukakan org2 jepun… ”dasar pandang ke timur”… dia selalu mengulang-ulang ayat ini kpd Paus John Paul ii.Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan.

Ini adalah salah satu tanda kiamat.Keadaan ini bertepatan dengan situasi sekarang,
orang menuntut ilmu kerana mahu mengejar pangkat,kedudukan harta !Bertepatan dengan kata-kata Bishop tersebut di bawah.

Bishop; Benedictine Order telah berkuasa terhadap semua manusia di planet ini,tiada siapa dapat melarikan diri…malah manusia berebut2 memilikinya..Mereka sangat menyayangi diri sendiri, malah mereka akan mempertahankan maruah ini dengan apa cara sekalipun…kami x perlu buat apa2 pun..percayalah seperti ‘cantus’…kami juga memberikan pakaian yang indah kepada mereka ini…mereka benar2 sukakannya..Bishop itu juga tidak kisah rahsia sebegini disebarkan kerana dia tahu ramai antara kita tidak percaya dengan semua ini.Ada beberapa faktor yang menyebabkan mereka tidak percaya,antaranya ialah minda mereka terlalu lama terpenjara oleh Sistem Al-Masih Dajal.

Bishop; Saya izinkan untuk kamu cerita perkara ini kpd org2 islam…..kamu akan lihat mereka akan berkata kpd kamu “kamu dan cerita kamu semuanya tipu belaka”

Tamat Dialog Temubual (Bahagian 2/3)

1 comment:

SayaMenentang said...

(takda beza pun klu korang tak pakai tali leher,seluar slack dan kemeja…keje tetapi sama,…tak buat kerja tak dapat gaji,macamana nak bagi anak bini makan?…perangkap maut !!!)

Tertarik dengan kata2 ni walaupun ringkas..ni mmg perangkap maut adele..sebab kita dah lupa..kalau kita xna kerja dengan duit..then sebaik2 kerja adalah membuat makanan sendiri..cucuk tanam,menternak dll..sedih manusia dah tggalkan perkara 2..skrang kita dah trlmbat..kita dah diajar ilmu mendapatkan wang dari mendapatkan makanan itu sendiri..

Followers