Friday, May 7, 2010

Nota diri

Assalamualaikum semua~~ (kepada pembaca yg selalu mengikuti blog ini, yang tersinggah, yang tak berniat nak singgah dan banyak lagi lah kategorinya)

Alhamdulillah..Aku dengan selamatnya berjaya menempuhi minggu peperiksaan dengan sengsaranya.. Bilik yang lintang pukang dah pun dikemaskan dengan begitu kemas sekali.. Bersih lagi menyenangkan. Kedudukan rak buku telah di'edit' sikit bagi mendapatkan ruang yang lebih besar dan selesa bila nak tengok movie.. Macam apartment kecik lah lebih kurang.. Cuma masalah habuk lah yang banyak,yelah.. Malaysia kan negara yang beriklim panas dan lembab.. Habuk di mana-mana saja.. Tak tau lah apa kaitannya.. Jadi vakum sangat penting..

Paling menggembirakan..cuti selama dua bulan..ya,gembira..banyak perkara yang telah diaturkan untuk dua bulan ini..tapi tu lah..biasanya aturan ini menuntut peruntukan duit yang banyak.. memanglah boleh mintak duit kat ayah, tapi seganlah.. manalah tau nanti tak sempat nak bayar balik..esok nak pergi klinik buat first appointment..harap-harap berjalan dengan lancar..

No comments:

Followers