Menggembirakan Sel - sel

Alhamdulillah, selamat pulang ke Semenyih setelah selesai renew lesen kereta, selesaikan duit rumah sewa yang sebenarnya tak selesai lagi (call Mr Somu asyik tak dapat je..di luar kawasan,balik India ke?), singgah di Nilai 7 membeli kotak untuk coklat yang dikirim orang tapi sebenarnya tak membeli pun sebab dapat free 11 kotak..wahahaha.rezeki hari Isnin..dahlah cantik kotaknya, sampai hati tuan kedai tu bagi free..tapi mungkin dia nak promosi barangan dia lah tu..

Dalam perjalanan menuju ke Nilai tadi, semestinya radio IKIM yang menjadi pilihan utamaku. Sesi pagi ni ialah wanita hari ini. Doktor Muhayya menyampaikan tips2 kebahagiaan rumah tangga. Yang menarik perhatian aku, Doktor Muhayya berkata, segala penyakit kunci untuk menyembuhnya adalah membuat diri kita gembira. Contohnya sakit mata, kalau kita sakit mata, tengoklah cerita yang mampu menggembirakan mata, selalulah ketawa, dari situ, sel-sel di dalam badan kita akan gembira dan tergelak kecil mengikut tuannya..(just kidding). But, that's the fact, sebab tu ada manusia yang mengidap kanser bertahun-tahun boleh sembuh dengan sendirinya dan rahsianya adalah sentiasa gembira dan banyakkan berdoa.

Bagi kita yang masih sihat ini kalau menziarahi orang yang sakit, berkata-katalah yang membuatkan pesakit itu gembira,bercakaplah pasal kain tudungnya yang cantik, gelangnya yang mahal,siapalah yang tak gembira bila dipuji tentang kecantikan itu melainkan orang-orang yang benar-benar beriman sahaja.. Elakkan berkata sebegini:

" Awak nampak biru dari hari tu,macam dah nak mati ye.."

Sebaliknya berkatalah begini:

" Eh, nampak makin sihatlah.. Muka pun dah merah.. Macam ayam nak bertelur.."

Oh ye, ayam yang nak bertelur memang kemerahan-merahan mukanya. Saya selalu mengintai ayam serama saya yang nak bertelur dulu. Begitulah diumpakan orang yang sihat tubuh badannya.. Wallahua'lam..

Comments

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung