Saturday, June 26, 2010

Petua Goreng Telur Dadar Supaya Garing

Assalamu'alaikum..

Astagfirullah..apa dah tak ada keje sangat nak buat ke? Baik, kali ini saya nak mengajar cara-cara membuat telur dadar yang garing. Pernah tak korang masak telur dadar tapi lembik semacam je? Mesti selalukan dan ini bermakna anda bukanlah seorang yang pandai memasak :P. Jika memasak air pun ada petua apatah lagi telur dadar yang susah ni. Petua memasak air tu masukkan air ke dalam cerek lah, takkanlah dalam kuali kan..


Cara-caranya ialah,jangan sesekali pecahkan telur selagi tak potong bawang dan cili merah halus-halus. Maksudnya, potong apa-apa yang patut dipotong dulu, masukkan ke dalam mangkuk dan kalau nak bagi telur dadar sedap melampau bolehlah ditambahkan dengan daun oregano yang selalu kita buat spaghetti tu. Tambahkan garam secukup rasa. Yang terbaru dalam iklan tu tambahkan mayonaise lady's choice untuk lebih creamy. Akhir sekali baru lah di pecahkan telur ke dalam mangkuk dan kacau sekuat-sekuat hati sehingga berbuih dan terus masuk ke dalam kuali yang minyaknya sudah panas. Kalau minyak tak panas, buang ramuan tadi. Buat semula. Telur akan menjadi tidak garing bila dibiarkan terdedah ke udara, bermakna tak guna kalau kita kacau telur tu sampai berbuih pastu letak tepi nak potong bawang dan yang lain-lain lah.

Sekian saja untuk kali ini, lepas ini saya nak ajarkan buat spaghetti bolognaise mantap punya! Selamat mencuba :)

No comments:

Followers