Wednesday, June 23, 2010

Rawatan Ortodontik @ Braces





Assalamu'alaikum..

Wah, baru dua hari pakai braces, takdelah sakit sampai menangis-nangis seperti yang aku dengar daripada orang lain. Memanglah sakit tapi masih boleh bertahan. But the pain is caused by the movement of the whole teeth. Bila gigi bergerak, maka seluruh gigi akan bergerak daripada akar. Sebab tu lah sakit, sebab nak berpindah ke tempat yang baru. Tapi selembut-lembut makanan pun tak boleh kunyah, cecah roti celup air coklat je lah.haha.

Apa yang best mengenai pemakaian braces ini ialah, kebersihan gigi dan mulut kita berada di tahap yang paling maksimum. Bagi siapa yang prihatin lah. Macam saya ni memang prihatin orangnya. Jadi masalah mulut berbau tu memang tak ada sebab setiap kali lepas makan mesti akan berus gigi hatta minum air manis sekalipun.hik2. Kalau dulu jangan harap nak buat macam tu, tidur pun malas nak gosok gigi! haha.

Selain itu, apa yang best tentang memakai braces ini ialah, segala lubang di gigi akan ditampal walaupun sekecil-kecil lubang bagi mengelakkan ketidak berjayaan rawatan ortodontik ini. Buat apa pakai braces tapi gigi banyak lubangkan.

Peringkat pertama ini gigi akan dijarangkan terlebih dahulu kemudian next and other appointment barulah wire akan diketatkan bagi penyusunan gigi dan membetulkan alignment. Gigi saya bukanlah teruk pun tapi tak larat nak dengar kutukan abang2 dan adik saya. Alignment gigi saya senget je. Jadi, kepada anda yang bermasalah gigi tu bolehlah memakai braces dan janganlah sesekali menyesal bila dah pasang sebab ia tidak merugikan!

Sebarang komen dan persoalan bolehlah diajukan :)

No comments:

Followers