Friday, June 4, 2010

Suka Makan Ikan Keli?

Assalamu'alaikum..

Em,siapa tak suka ikan keli? Orang yang tak suka makan ikan sungai maka dia tak sukalah makan ikan keli..Daging ikan keli memanglah sedap, lebih-lebih lagi bila dibuat sambal, masak lemak cili api dan bakar cecah air asam jawa. Jadi, berjaga-jagalah sebab ikan keli zaman sekarang pun dah tak suci macam ayam bodoh-bodoh tu.. Ada je sumber dari kerbau pendek bewarna pink tu.. Sebab tu ayam kat pasar hari ini macam lain je besarnya. Gemuk macam tuan yang memakannya.hehe. Jom kita lihat perbezaan ikan keli yang masih suci dan yang sudah hilang daranya..huhu

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal


Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)

· Kepala berbentuk ‘V’

· Bentuk badan mirip torpedo


· Badan berwarna hitam berkilat

· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak

· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning

· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)

· Kepala berbentuk ‘U’

· Bentuk badan tirus

· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat

· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu

· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan

· Digoreng tidak meletup

Sekian saja untuk kali ini.. =)

2 comments:

Keli Sodap said...

Dan ada penjelasan saintifik mengenai 'kepala' ikan? Maksudnya orang Cina yang makan babi berkepala benjol manakala orang Melayu berkepala bulat. Menarik. Tak ada gambarkah? atau ini sekadar copy paste?

adilah said...

owh, memang ini kajian saya sendiri setelah bertahun-tahun mengkaji ikan keli..bagi yang sudah biasa dengan ikan keli dptlah melihat perbezaannya.

tengok je perbezaan ayam bodoh dan ayam kampung. ayam bodoh lebih besar saiznya berbanding dengan ayam kampung kerana disuntik dgn bhn yg mgandungi babi. ini berdasarkan pengalaman.
saya rajin ke pasar, saya rajin memasak..

jika saudara tak percaya, jgn percaya ok! :)

Followers