Tuesday, June 8, 2010

Minum Ais Selepas Makan Menambah Kalori

Assalamu'laikum..

Wah,lama sungguh tak mengupdate blog ni (padahal sehari je pun). Yelah,biasanya saya akan update 3 jam sekali. Tapi sehari dua ni, jaga anak saudara lepas tu banyak blog lain yang nak dihandle, kesian blog ni dilewat-lewatkan peng'update'tannya.



Baiklah, saya nak berkonsi sesuatu yang saya dapat dari radio IKIM iaitu MINUM AIS SELEPAS MAKAN BOLEH MENAMBAHKAN KALORI. Balik-balik pasal ais, sikit-sikit pasal ais. Kesian dekat ais. Tapi takpelah, demi kesihatan jugak. Bagaimana dengan meminum ais boleh menambahkan kalori dalam badan seseorang? Bayangkan anda sedang menikmat nasi beriani yang mengandungi santan ditambahkan pula dengan lauk ayam masak merah yang sudah tentu banyak minyak yang diperlukan ketika menumisnya, eh tiba-tiba ada pulak rendang daging lembu, minyak pun banyak kat sekeliling daging tu bila santan pecah. Anda makan dan terus makan tanpa menghiraukan orang sekeliling. Bila dah berpeluh kepanasan sebab terlalu banyak menggunakan tenaga untuk tumpu pada makanan,anda ambil minuman yang berais sebagai pengubat dagaha. Walaupun ia adalah pengubat tetapi juga pembunuh dalam diam. Lemak-lemak yang masuk ke dalam badan pastinya melalui esofagus sebelum sampai ke organ pencernaan yang lain. Ketika makanan berehat sebentar di esofagus, anda minum minuman berais lalu minuman ini membekukan lemak-lemak yang terkandung dalam makanan tadi. Lemak-lemak tersebut tidak tercerna dengan baik sebaliknya bergumpal menjadi halangan dalam salur darah anda. Jadi, tidak mustahillah ramai manusia zaman sekarang mati mengejut akibat serangan sakit jantung. Sebab itulah kita dinasihatkan agar minum 10 minit selepas makan,jangan makan nasi berulam air. Jika kita mengambil air suam selepas makan, maka ia akan membantu mencairkan lemak-lemak di dalam organ pencernaan kita. Amalkan seperti budaya orang Jepun yang meminum teh hijau suam selepas makan. Sangat baguskan! Sekian buat kali ini..Wabillahi Tafiq Wal Hidayah.. Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

4 comments:

erma fatiha said...

xtaw pula minum ais selepas makan begitu berbahaya.Yang tahu,ais memang xelok di ambil dalam gizi kita.tp nak minum ais je slalu.

makan berulam air...

selalu sgt tok guru pesan..

"jangan makan nasi berulam air,itulah hijab dalam amalan"

sebelum tu.. makan berulam air,selalu kena marah dan tengking oleh ibu.tp senyap2 minum juga..

lps tahu ia adalah hijab,dah berhenti buat camtu,dan ia benar2 berkesan menghilangkan kemalasan dalam diri..

allahu akbar...

adilah said...

huhu,saya pun kadang2 makan nasi berulam air kalau x tahan sgt.bygkan berulam dgn air berais..haha terhijab segala-galanya dlm badan.. :)

Ridhwan said...

salam....

alhamdulillah ada juga insan prihatin yang letakkan info ini dalam bentuk yang proper.... sebelum nie dah pernah bace tapi tak ingat jumpe kat mane....

teh hijau @ green tea.....hehe, minuman kegemaran setiap kali selesai hari hari yang memenatkan. Sedikit tips melepaskan lelah: seusai selesai membersihkan diri, duduk dihadapan kipas dan mula minum Lipton Green Tea with 9 Addition ingredient.....fuhh enak bangat sih

Teringat satu hadith yang berbunyi: sesungguhnya Nabi pernah berdoa dengan sabdanya:" Ya Allah jadikanlah cintaku kepadamu melebihi cintaku kepada harta, keluarga dan air yang dingin (disaat ku berada ditengah panas)"

adilah said...

ya Allah...air yang dingin pun menjadi hadith Rasulullah..thanks Ridhwan mengingatkan kembali tentang hadith tu.. lepas ni nak buat post tentang bernafas di dalam air ketika minum..

Followers