Orang Malaysia Tak Reti Berlakon

Bosan aku menengok drama Melayu di kaca TV. Balik-balik cinta..cinta..cinta.. Menangis.. Menangis..Menangis..Bergaduh..Bergaduh..Bergaduh.. Orang Malaysia ni bukanlah aku maksudkan pelakon di Malaysia, tapi orang-orang yang berada di kawasan penggambaran yang termasuk dalam kamera. Perasan tak kalau drama Malaysia, mesti orang yang sesat dalam penggambaran ni tengok-tengok orang yang sedang berlakon. Buat selamba je dah lah! Ini nak tengok-tengok, jadi tak real drama tu.. Kalau yang pelakon-pelakon yang jarang keluar (tak glamour) kat tv pulak satu kes, mesti tak best!

Kalau drama luar negara, orang sekeliling semuanya sporting. Diorang tak pandang-pandang pun pelakon yang sedang menjalankan sesi penggambaran. Jadi drama pun nampak real, terkesan kat hati dan boleh menyentuh perasaan. Barulah ada feel nak nangis. Aku kalau tengok drama Malaysia mesti mengutuk je dalam hati, tapi kali ni dah tak boleh tahan dah. Nak jugak berkongsi di sini.

Sebab tu lah penuh hard disk aku dengan drama dan filem selain Melayu. Paling best setakat ni ialah Hachiko: A Dog's Story. Memang meleleh air mata! Carilah torrentnya di internet ok.. :)

Comments

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung