Thursday, June 10, 2010

Anda Berjerawat, Nafas Berbau dan Berlemak Tebal??

Assalamu'alaikum...

Kali ini saya ingin membebel fasal kesihatan juga. Ramai dalam kalangan masyarakat kita mengambil jalan singkat untuk mencantikkan kulit yang berjerawat dan ingin menguruskan badan dengan membeli krim-krim kecantikan dan pil-pil menguruskan badan tetapi selepas 3 bulan, 6 bulan, setahun, masih juga tidak menampakkan kesan. Alangkah kecewanya perasaan kita ketika itukan? Allah bersama-sama orang yang sabar..

Bila barangan yang diambil itu tidak menampakkan kesan, maka terimalah kenyataan bahawa badan kita mengandungi banyak TOKSIN dan USUS BESAR kita juga KOTOR sehingga tidak berlakunya PENYERAPAN khasiat daripada makanan kesihatan yang kita ambil ke dalam sel-sel di dalam tubuh badan kita. Oleh itu, jika anda inginkan kecantikan yang semulajadi maka, anda seharusnya menjaga kesihatan terlebih dahulu. Bagaimana menjaga kesihatan? Pastikan usus besar anda bersih! Alah, setakat usus! Ada apa dengan usus kita?



Jangan ingat setiap kali kita membuang najis, usus kita bersih. Banyak lagi yang tertinggal sebab usus kita terlaluuuu panjang dan berlipat-lipat.


Tahukah anda BARAH USUS sudah diramalkan mengambil alih penyakit jantung sebagai pembunuh pertama pada abad ke 21? Adalah sesuatu yang bijaksana untuk kita memberi perhatian terhadap kesihatan usus besar kita untuk mencegah penyakit yang membawa maut ini. Sebelum kita memulakan penjagaan kebersihan usus besar, kita perlu mempunyai pengetahuan tentang saluran pencernaan iaitu termasuk USUS KECIL dan KOLON atau USUS BESAR. Jika sisa buangan dibenarkan berkumpul di dalam usus kita dan terbiar MELEKAT PADA DINDING USUS dalam suatu tempoh tertentu, ia akan menghasilkan bahan yang berbahaya. Ini akhirnya akan diserap ke dalam saluran darah menyebabkan KEGAGALAN FUNGSI HATI dan menjejaskan sistem metabolik tubuh. Keadaan ini dikenali sebagai KOPROSTASIS atau nama glamournya tanda awal SEMBELIT!!- faktor asas yang menjadi punca kepada beberapa jenis PENYAKIT KRONIK. Sebaik saja KOPRORASIS dibenarkan terbentuk, seperti karat yang di degil di atas sehelai kain, ia amat sukar ditanggalkan. Perkara terpenting kepada pesoalan di sini ialah pencegahan.


FAKTA TENTANG KOLON ATAU USUS BESAR

1. Usus dihuni oleh bakteria baik dan jahat/ perosak
2. Usus dihuni oleh lebih daripada 100 jenis bakteria dan jumlah keseluruhannya ialah sebanyak 100 trilion.
3. Jumlah ini mewakili 20,000 kali ganda penduduk di planet bumi. (Subhanallah, hebatnya penciptaan manusia!)
4. Usus yang sihat, nisbah ideal bagi bakteria baik kepada bakteria jahat ialah 80:20 tetapi malangnya amat sukar dicapai berikutan pelbagai faktor persekitaran negatif.
5. Secara amnya, bakteria JAHAT jauh MENGATASI bakteria yang BAIK.


TANDA-TANDA MASALAH USUS

Bagaimana kita mengetahui bahawa usus kita tidak sesak dan berada dalam keadaan seimbang? Cara yang palin mudah untuk mengetahui pergerakan kumbahan kita adalah dengan memeriksa keadaan najis:

1. Warna dan bau - Warna lebih gelap dengan bau yang tidak tertahan, menunjukkan keadaan paling buruk
2. Bentuk - Bentuk pisang dengan ukuran 3 sentimeter lebar dan 6 sentimeter panjang dianggap ideal
3. Kekerasan - Ketidakupayaan mengekalkan bentuk adalah tanda usus besar tidak sihat (sembelit dan selalu cirit birit)
4. Tempoh masa - Tidak terlalu lama di dalam tandas ( ini 5 minit meneran tak keluar-keluar jugak). Masa yang ideal ialah 2-3 MINIT sahaja.
5. Jumlah - Berat bahan buangan adalah lebih kurang 1 KG. Najis yang tenggelam menandakan usus tidak sihat dan najis yang terapung menunjukkan perut yang sihat.


TANDA LAIN BAGI MASALAH USUS

1. MASALAH KULIT DAN BERJERAWAT
2. NAFAS BERBAU (takkan selalu nak guna listerine aje!)
3. PERUT BUNCIT
4. SAKIT BAHU
5. LETIH KETERLALUAN
6. SEMBELIT ( tipulah ni kalau tak pernah sembelit)
7. KERAP SAKIT KEPALA

wah, panjang lebar penerangan saya. Harap-harap dapat menimbulkan kesedaran kepada para pembaca. Nak tahu bagaimana cara nak mencuci usus? Tunggu episod seterusya..

4 comments:

MISH LOLIPOP said...

balek nie nk kena usha lam jamban..hehehhe

cik bubu said...

so natijahnye,kite adalah ape yg kite makan.hahaha

Azfarul said...

ayoyo..tak pernah tau taikku terapung ke tenggelam haha

adilah said...

MISH LOLIPOP, usha,jgn tak usha..tp biasanya kita yg lebih mengetahui diri kita sendiri.. =)

cik bubu, yup..yup..yup..orang yang sihat mesti makanan dia berkhasiat..

Azfarul, sesekali kena cek jugak..jgn baca suratkhabar je time membuang..ahahaha

Followers