Friday, June 4, 2010

Kenapa Anak Dara Tak Boleh Minum Banyak Ais?


Assalamu'alaikum..

Terima kasih kepada Cik Bubu Kepochi kerana bertanyakan soalan ini di Form Spring. Best jugak menggunakan Form Spring sebagai medium untuk bertanya dan salah satu cara menambahkan post di kala idea membeku di kepala otak.

Cik Bubu Kepochi, berdasarkan kajian, 90% wanita di muka bumi ini mengalami masalah keputihan yang mengganggu jiwa terutamanya bagi perempuan yang belum berkahwin sebab yelah kan..tak kawin lagi pun dah ada masalah kesihatan. Keputihan biasanya tidak menjadi masalah utama jika ia dalam kadar yang sedikit dan akan menjadi masalah dunia jika ia berada dalam keadaan yang tak terkawal (maaf ye,artikel ini agak berterus terang..hihi)

Orang-orang tua dahulu sering menasihati anak-anak perempuan daripada memakan makanan yang sejuk seperti timun, tembikai kerana buah-buahan yang sejuk akan menggalakkan penghasilan keputihan. Oleh itu, sebagai kesimpulan awal, ais yang sejuk adalah punca yang menggalakkan penghasilan keputihan.

Sebenarnya, bukan anak gadis je yang tak boleh minum banyak ais tetapi semua lapisan umur tidak digalakkan meminum ais. Cuma saya tekankan di sini kepada anak gadis zaman sekarang yang galak mejaga kecantikan dengan memakai pelbagai kosmetik tanpa megambil kira kepentingan asas kesihatan dahulu.

Harapnya, terjawablah persoalan Cik Bubu Kepochi ye. Terima kasih kerana memberi respon pada artikel di blog ini. :)

2 comments:

cik bubu said...

ohho baru tau..heeee thanks!

adilah said...

hehe,welcome! =)

Followers