Menjaga Gigi Seawal Usia Kecil

Assalamu'alaikum..

Gigi adalah nikmat Allah yang terindah dalam kehidupan kita. Jika tiada gigi atau gigi tidak cantik maka kita tidak boleh tersenyum dengan bangganya. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan umi yang menjaga gigi aku sejak kecil, kalau dah tertidur pun dikejutnya jugak kalau tak gosok gigi. Dan sekarang aku mempunyai gigi yang bersih walaupun ada yang tak tersusun. Dengan itu, aku mengambil keputusan untuk membuat rawatan ortodontik atau dengan glamornya, pendakap gigi atau braces.


Semalam, 2 batang gigi sudah dicabut bagi mendapatkan ruang yang secukupnya di dalam mulut untuk pertumbuhan gigi yang sihat. 2 batang lagi akan dicabut selasa minggu depan juga untuk memberi ruang yang selesa kepada gigi untuk bertumbuh memandangkan gigi bongsuku belum bercambah keluar. Jika tak dibuang 4 batang gigi ini (2 atas dan 2 bawah) maka gigiku akan bertambah crowded dan berlakulah persaingan yang tidak sihat antara gigi-gigi dalam mulutku ini. Rongak lagilah aku taknak. Nanti muka masam je sebab taknak senyum malu gigi rongak.

Umi selalu berpesan, jagalah gigi baik-baik. Selagi masih boleh dielakkan daripada mencabut gigi,elakkanlah. Tampallah jika berlubang, rawatlah selagi masih boleh rawat, cabut gigi adalah jalan terakhir. Gosok gigi selalu, jangan tinggalkan plaque yang membentuk karies dan amalkan pemakanan yang sihat. Jika gigi tidak dijaga, pakai gigi palsu, ini boleh mempercepatkan proses penuaan memandangkan gusi kita terjatuh kerana tiada gigi asal untuk menampungnya. Sekian saja untuk kali ini..

p/s: berdebarnya menunggu selasa minggu depan...sob2.. =(

Comments

kenapa dgn slasa mgu dpn?? result ke?waaa
adilah said…
eh,result lmbt lg lah kak! sy kena cabut gigi...haha
haha. buat cuak je kalo result dh nak kuar.hehe
woaa,slmt mencabut gigi dan jaga gigi!hihi
adele said…
haha,thanks kak syaz yg pandai berbisnes!

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung